Air Fryer Resepi : Kek Majerin

Air Fryer Resepi : Kek Majerin | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Korang kerja gila mommy malam buta ni tiba-tiba nak bakar kek majerin. Start mommy buat article ni, kek mommy tengah membakar tu dalam air fryer je.

Seorang yang tidak suka ada terlalu banyak sangat peralatan elektrik. Mommy guna blender biasa mommy kisar bahan masakan mommy tu, mommy kisarkan bahan buat kek. hahaha. Pedas pun pedas la korang.


Dah siap pulak kek majerin mommy ni. Sebabkan mommy nak buat kuantiti yang sedikit. Mommy cut semua bahan dari resepi asal. Try and error la korang. Tak rugi pun.

Sebelum cuba resepi kek majerin, korang boleh tengok resepi lain. Klik je link tau. 

Air Fryer Resepi : 5 Resepi Kuih Traditional

Resepi Kek Majerin guna air fryer dan blender

1 Cawan Majerin . Mommy guna majerin pelangi tu je
1 1/2 Cawan Tepung Gandum.
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1/2 Cawan Gula
2 Biji Telur Gred B

Boleh juga guna tepung penaik. Kalau korang guna tepuk penaik, tak perlu letak baking powder ok. Nak guna cawan apa ye. Korang mesti pening kan. Senang macam ni je la. Kalau korang guna cawan tu untuk sekat tepung, nanti gula pun korang guna jugak cawan tu. haaa.


Cara-cara

  • Masukkan Majerin, gula, esen vanila dan telur dalam blender korang. Kemudian blender bagi sebati.


  • Dah siap blender, masukkan kedalam mangkuk besar ataupun apa-apa jenis mangkuk untuk korang sebatikan dengan tepung pulak nanti.

  • Cari loyang yang sesuai dengan keluasan air fryer korang. Sapukan manja-manja majerin ke dalam loyang. Untuk elakkan kek melekat dan senang nak keluarkan kek nanti.


  • Masukkan adunan kedalam loyang dan ketuk-ketuk sedikit loyang bagi adunan kek mendap dan untuk keluarkan angin.

  • Disebabkan loyang kecil yang boleh masuk basket air fryer mommy tak jumpa hilang kemana, terpaksa mommy bukak basket dan masukkan dalam pan je. Boleh jugak korang.

  • Okey mommy set suhu 160*c dan masa 35 minit. Boleh juga set suhu 180*c dan masa 20 minit. Korang kena main suhu dan masa ikut air fryer korang. Kalau suka garing, boleh lama sikit. 

  • Dah siap. Amacam mengoda tak. Masa tengah bakar tadi sedap je baunya korang. hehehe

Disebabkan mommy cut bahan-bahannya , kek tak tinggi sebab guna loyang yang besar. Kalau dapat loyang size 6 tadi tu, cantik elok kek majerin mommy. Try la korang. Dah jom tido

23 comments:

  1. mudahnya! Ni yang nak kena beli air fryer cuba ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli - beli jangan tak beli. Macam-macam boleh buat dengan air fryer ni

      Delete
  2. Wow sedapnya kek majerin tapi mmg kena pakai air fryer ke? Ni kena beli lh nih.. Haha

    ReplyDelete
  3. Sangat bagus perkongsian ni. Tak tahu plak boleh buat kek guna air fryer. Boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Jujurnya dah 2 tahun pakai air fryer, belum pernah lagi buat kek...tengok Leya buat ji, nak try laaa..padahal masa beli ada dia bg buku resepi siap ada buat kek...tak berani nak buat hahahaha

    ReplyDelete
  5. musim PKP ni gadget air fryer mmg mudah sgt..ada tgk org share juga wat kek marjerin ni..blum cuba lg

    ReplyDelete
  6. Tak pernh pulak rasa kek majerin.. Kene cuba ni. .macam senang tapi takde air fryer la.. Tengah duk fikir nak beli ke tak air frye. Hahaha. Masuk dlm cart dh.. Sedp lahai tengoknya

    ReplyDelete
  7. Nampak mudah kek ni. Nanti nak try. Air fryer ada tapi mungkin size la pulak kecik sikit. Nak kena cari loyang yang sesuai la.

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYAAA! Saya dah lah memang teringin nak makan kek simple mcm ni! Nak buat jugak lah! Geram tengok kek tu!

    ReplyDelete
  9. Klu markerin tu digantikan dengan butter meati lagi swdap mcm butter vake kan?

    ReplyDelete
  10. Yum! This simple cake would be good to serve for tea time snack. Thank you for sharing this recipe.

    ReplyDelete
  11. mudahnya resepi bahan2 pun tak banyak. saya pun guna margerin pelangi hehe.

    ReplyDelete
  12. wah sedapnya. kalau ada air fryer ni dah cuba rasanya. btw tepung penaik dgn baking powder bukan ke benda yg sama ๐Ÿค”

    ReplyDelete
  13. Fuhhh akak. menjadi kek akak. Saya tak suka buat kek. benciiii. tak jadi je tauuu.

    ReplyDelete
  14. Senangnya nak buat butter cake! Kena try ni lepas ni
    Boleh pin recipe ni ☺️

    ReplyDelete
  15. Semua bahan ada ni. Boleh cuba resipi kek marjerin ni. Macam saya panggil kek jenis macam ni kek tradisional atau kek kampung. Kek jenis macam ni suami saya sukalah makan. Memang kena dengan tekak dia. Terima kasih share resipi

    ReplyDelete
  16. sama macam kek butter ya. cantik kejadian tu. nanti saya cubalah

    ReplyDelete
  17. Bahan yg diperlukan x babyak. Nampak senang juga nak sediakan. Nanti bolehlah cuba sendiri

    ReplyDelete
  18. sedap nyer. kek ni simple tapi nyaman aje kalau mkn ptg kan.
    dgn air kopi panas.
    terkenang mak aida. dia memang suka kek yg simple. kek butter.

    ReplyDelete
  19. Best kalau ada air fryer kat rumah, macam macam boleh masak and buat kek juga.

    ReplyDelete
  20. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you

    ReplyDelete

Powered by Blogger.