Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Leya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan diri Leya dan berbagi cerita tentang perjalanan hidup pribadi Leya. Nama Leya adalah Nurul Aleya, dan Leya percaya bahwa setiap individu memiliki kisah unik dan berharga untuk diceritakan. Jom berkenalan dengan Leya.
Leya lahir di Hospital Segamat dan sempat membesar sehingga umur 11 Tahun. Kemudian keluarga Leya berhijrah ke Kukup, Pontian dan Leya telah menghabiskan sebagian besar hidup Leya di sana. Ini kerana Abah Leya seorang Pegawai Polis, sebab tu berpindah, tetapi yang heran nya, abah Leya ni jarang kena pindah sana sini. hahaha.
Leya sudah 8 Tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 5 Tahun. Alhamdulillah Leya sangat bersyukur dengan nikmat kehidupan dan rezeki sekarang. Leya berblog sebenarnya sudah lama. 15 Tahun sebenarnya. Dulu guna secantikmanis.blogspot.com. Senang cerita masa tu tengah belajar Diploma dekat Arau, kemudian sambung belajar di Kuala Lumpur still lagi guna secantikmanis.blogspot.com. Semasa dekat Kuala Lumpur ni, best selalu pergi event sana sini.
Habis belajar, terus bekerja. Rezeki kerja datang awal. Blog pun terbiar sampailah dah berkahwin dan ada masa semula untuk menulis blog. Sebab itu terbinalah blog Apakatamommydotcom mengantikan blog Secantikmanis.
Faktor utama tukar sebab heee biasalah bila kita dah menjadi seorang ibu, content dalam blog lebih kepada kekeluargaan. Bersesuaian dengan nama blog Apakatamommydotcom, Leya akan kongsikan dengan pembaca blog Leya mengenai info ibu bapa, resepi masakan, info dan tips kanak-kanak, kehidupan seharian sebagai ibu. Tidak lupa juga info sebagai seorang isteri. Aktiviti yang dilakukan seharian. Isu-isu semasa dari pandangan seorang wanita, isteri dan ibu.
Boleh follow Leya di social media Leya okey untuk kita lebih keep in touch
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.