5 RESEPI KUIH TRADITIONAL GUNA AIR FRYER SENANG DAN MUDAH

5 RESEPI KUIH TRADITIONAL GUNA AIR FRYER SENANG DAN Mudah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.


Korang semua ada Air Fryer tak? Mommy memang  sebelum ini tak Ada Air Fryer. Mommy beli Air Fryer pun baru je lagi masa bulan 3 sewaktu kita sibuk dengan PKP. Bila duduk rumah sentiasa masak, baru perasan penggunaan minyak masak yang terlalu banyak. Asyik suruh suami beli minyak masak, habis mommy di marahnya. Aik macam baru je saya beli minyak masak, tak kan la dah habis. Sakit pulak hati kita bila dia cakap macam tu. 

Habis kalau dah goreng ayam guna tepung bestari, tentulah bekas minyak nya dah tak jernih. Mana boleh nak diguna pakai semula. Ini pun masalah jugak, nak jimat punya pasal simpanlah minyak masak bekas goreng ayam, bekas isi minyak pulak jadi penuh atas table top dapur. Sakit mata memandangnya.

Sebelum kita nak membeli sesuatu kita mestilah buat research dulu. Ada suatu hari tu mommy sahaja la nak cari kegunaan atau kelebihan Air Fryer ni apa lagi selain untuk senang goreng nugget atau makanan frozen, dan untuk goreng ayam. Dimudahkan cerita mommy terjumpa group Resepi Air Fryer Malaysia. Mommy pun joinlah group tersebut. Rupanya macam-macam kelebihan yang ada dengan Air Fryer ni. Yang paling tarik perhatian mommy, Air Fryer boleh bakar kuih macam oven.

Mommy tak tunggu lama, terus mommy order dekat Lazada. Dapatlah sebuah Air Fryer jenama PerySmith dari USA. Bolehlah untuk permulaan. Disebabkan itu mommy nak kongsikan dengan korang semua 5 Resepi Kuih Traditional guna Air Fryer Senang dan Mudah.

1. Bingka Pandan Air Fryer

Bingka ni lembut dan tak keras walau kita guna air fryer. Korang mesti cuba tau.

Resepi Kuih Bingka Pandan Air Fryer

BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3/4 cawan santan pekat
1/4 cawan air daun pandan
1 1/2 keping gula melaka (ikut citarasa)
Sedikit bijan
Pewarna hijau (jika nak warna lebih hijau)

CARA MEMBUAT :
1. Blend daun pandan, gula melaka dan sedikit air.
* tapis dan pastikan hasilnya dapat 1/3 cawan.

2. Kemudian masukkan semula ke dalam blender bersama telur, santan dan tepung. Blend hingga sebati.

3. Sapu loyang dengan sedikit minyak untuk elak melekat teruk.

4. Masukkan ke dalam bekas/loyang untuk dibakar dalam air fryer.

5. Tabur bijan di atasnya.

6. Setkan Air Fryer :
▪️suhu 170 darjah
▪️masa 25 minit (ikut kuantiti)

* buka bakul separuh masa untuk check. Check guna garpu atau hujung pisau cucuk kuih bingka. Tengok masih lembik lagi tak.
* jika dah habis masa tapi belum masak, tambah sedikit lagi masa, dan turunkan suhu untuk elak hangus di bahagian atas.

Tips dan Nota :
1. Pastikan hasil blend daun pandan,gula melaka dan air, sukatannya 1/3 cawan. Ini untuk elakkan adunan bingka terlalu cair.

2. Pastikan guna bekas dan loyang yang sesuai dan boleh masuk dalam Air Fryer. Elakkan guna plastik, sebab boleh cair bila dibakar dalam Air Fryer.

3. Boleh check buka bakul Air Fryer semasa proses membakar. Jika masih belum masak boleh tambah masa dan kurangkan suhu untuk elak bahagian atas hangus.

* jika kuantiti adunan banyak, kena tambah masa lagi untuk masak

4. Tujuan sapu minyak kat loyang untuk elak melekat teruk.

2. Kuih Bakar Kemboja Air Fryer

Bezanya kuih bakar kemboja dengan bingka pandan ialah SANTAN. Sudah tentu rasanya pun ada sedikit berbeza. Rasa lemak dari santan.

Resepi Kuih Bakar Kemboja

BAHAN-BAHAN :
1 cawan telur - 5 biji
2 1/2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa parut
1 1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau (jika nak warna lebih hijau)
Sedikit bijan

CARA MEMBUAT :
1. Kisar daun pandan dengan 1/2 cawan air dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan 2 1/2 cawan santan yang diperlukan. Titiskan sedikit pewarna hijau.

Nota: Kisar air daun pandan dengan 1/2 cawan air dan satukan dengan santan pekat menjadikan jumlah santan yang diperlukan.

2. Satukan 5 biji telur tadi dengan gula dan kacau sekadar bagi gula hancur sahaja. Guna whisk pun boleh. 

3. Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Tapis untuk mendapatkan adunan yang halus.

4. Sapukan loyang dengan mentega atau minyak masak dan tabur tepung. Ketuk untuk membuang lebihan tepung.

5. Tuang adunan ke dalam loyang. 

6. Setkan Air Fryer :
▪️suhu 170 darjah
▪️masa 25 minit (ikut kuantiti)

* buka bakul separuh masa untuk check. Check guna garpu atau hujung pisau cucuk kuih bakar. Tengok masih lembik lagi tak.
* jika dah habis masa tapi belum masak, tambah sedikit lagi masa, dan turunkan suhu untuk elak hangus di bahagian atas.

Nota: Bila separuh masa untuk check kuih kita baru letak bijan. Kalau letak awal, bijan mendap pulak nanti. 

3. Kuih Kalakatar atau Bingka Kelapa Air Fryer

Kuih Kalakatar atau juga dikenali Bingka Kelapa adalah kuih traditional Kaum Banjar. Bahan utamanya adalah air dan isi buah Kelapa Muda.

Resepi Kuih Kalakatar atau Bingka Kelapa

BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
6 cawan air kelapa muda (kalau nk kuih keras sikt, boleh letak 5 cawan air)
2 cawan isi kelapa muda
1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUAT :
1. Campurkan dan gaulkan tepung, gula, telur, garam dan air kelapa di dalam satu bekas.

2. Setelah campuran tadi sudah digaul sebati, tapiskan ia ke dalam periuk. Kenapa perlu ditapis. Untuk pastikan tiada tepung yang berketul.

3. Masak adunan ke dalam periuk dan gaul adunan. Pastikan guna api sederhana sehingga naik wap. Kena sentiasa gaul tau.

4. Kemudian masukkan ke dalam dulang yg disapu dengan sedikit minyak.

5. Taburkan isi kelapa muda, dan bakar.

6. Setkan Air Fryer :
▪️suhu 170 darjah
▪️masa 25 minit (ikut kuantiti)

* buka bakul separuh masa untuk check. Check guna garpu atau hujung pisau cucuk kuih bingka. Tengok masih lembik lagi tak.
* jika dah habis masa tapi belum masak, tambah sedikit lagi masa, dan turunkan suhu untuk elak hangus di bahagian atas.

Tips dan Nota :
1. Guna buah kelapa pandan pandan muda sebab wangi.

2. Ingat guna tapis untuk elakkan tepung berketul. Sentiasa gaul adunan di dalam periuk dan guna api sederhana.

3. Guna buah kelapa muda. Dapat isi kelapa yang lendir-lendir itu lagi bagus.

4. Kuih Akok Air Fryer

Kuih Akok adalah kuih traditional orang Kelantan.

Resepi Kuih Akok Asli Kelantan

BAHAN-BAHAN :
7 biji telur
250 santan. Santan kotak 200ml+ air 50ml
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
100 gram gula Melaka. Ikut tahap kemanisan mazing-mazing.
Secubit garam
3 helai daun pandan

CARA MEMBUAT :
1. Kisar gula Melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam blender.

2. Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang.

3. Panaskan Air Fryer selama 15 minit pada suhu 180 C dan sapukan aluminium foil dengan minyak.

4. Tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja.

5. Setkan Air Fryer :
▪️suhu 170 darjah
▪️masa 10-20 minit

Tips dan Nota :
Jangan tuang adunan penuh dalam acuan. Sebab kuih akok akan mengembang. Jangan risau nanti kuih akan kecut semula dan jadi kedut.

5.Kuih Seri Muka Air Fryer

Kuih Seri Muka jugak dikenali dengan nama Puteri Salat. Kenapa kuih seri muka termasuk dalam kuih traditional. Ini kerana kuih seri muka dari dulu lagi menjadi kuih rasmi atau wajib ada dalam majlis keraian.

Resepi Kuih Seri Muka

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH :
1 cawan beras pulut. Tidak perlu direndam.
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam
simpulan daun pandan.

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS:
1 cawan santan pekat
5 helai daun pandan atau pewarna hijau.
Setengah cawan gula. Ikut korang punya tahap kemanisan masing-masing.
1 biji
3 cawan tepung gandum
sedikit garam.
#semua bahan lapisan atas di blend bersama dan ditapis.

CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan lapisan bawah masuk dalam tiffin box dan tutup rapat. Boleh juga guna bekas lauk tingkat atau bekas aluminium foil dan ditutup dengan aluminium foil.
#Set AF suhu 160 selama 20 minit.

2. Dah masak keluarkan dan masukkan kedalam loyang cake pan bulat bukaan tepi. Tekan-tekan pulut tadu hingga Padat. Tak nak tukar bekas pun boleh sebenarnya.

3. Tuangkan bahan lapisan atas ke atas pulut tadi.

4. Tutup permukaannya dengan aluminium foil supaya lapisan atas tidak mercik sebab masih cair.

5. Set suhu 180 untuk 10 minit pertama kemudian buka penutup dan set suhu seterusnya pada 160 selama 10 minit.

6. Sejukkan terlebih dahulu baru potong. 

Tips dan Nota :
1. Kalah tidak ada tiffin box boleh sahaja guna bekas lauk bertingkat atau bekas aluminium. Tiffin box pernah nampak ada jual dekat Mr DIY.

2. Penggunaan  cake pan bulat bukaan tepi hanya untuk memudahkan dibuka bila sudah siap masak.

3. Pastikan Air Fryer telah dipanaskan sekurang-kurangnya 5 minit apabila memasak pulut yang telah dituangl apisan atas. ( supaya cecair kurang
menitis hingga ke lapisan bwh pan)

Okey 5 Resepi Kuih Traditional Air Fryer paling senang dan mudah. Resepi kebanyakkan ada dalam group Air Fryer Malaysia Facebook. 

Mana-mana yang suka kuih bingka, atau kuih berasaskan kelapa memang tak rugi korang jumpa resepi ini. 

22 comments:

  1. Thanks for these 5 recipes. I have an air fryer too. Will surely make good use of this to try to cook up a storm.

    ReplyDelete
  2. Ooo boleh cubalah nanti, nampak mudah benau nak buat kuih ek..

    ReplyDelete
  3. emm semua kuih ni pun saya suka. mudahnya dengan air fryer ni, macam macam boleh buat. Nanti kalau dah beli air fryer saya akan refer resepi sis ni

    ReplyDelete
  4. saya save elok2 entri ni. mudah dan cepat. macam mudah je menjadi. haha saya suka kalau guna airfryer sebab kat rumah takde oven

    ReplyDelete
  5. berguna resepi ni semua. kita nak try lerr nanti

    ReplyDelete
  6. Saya baru je beli Air Fryer, bleh la cuba akak punya resepi ni. Terima kasih akak.

    ReplyDelete
  7. Teima kasih sis... untuk resipi kuih tradisional di atas... saya sebenarnya tak pernah lagi buat semua kuih d atas sendiri... semua main beli tinggal makan je...hehehe.

    ReplyDelete
  8. Terima kaaih peekongsian ini. Kebetulan ada air fryer, nanti bolehlah cuba

    ReplyDelete
  9. Wow mcm2 boleh masak dalam air fryer ek... Erm nmpknya kena beli 1 lah nih. V

    ReplyDelete
  10. Ni yang rasa nak membeli juga Air Fryer ni.macam2 kuih boleh buat ya. Senang betul ada AF ni rupanya.

    ReplyDelete
  11. Thank you share resepi. Mudah nak buat kuih rupanya. Kne beli air fryer ni

    ReplyDelete
  12. Belum pernah guna Airfryer utk masak kek... terima kasih bg resepi kuih kuih yang kak suka...

    ReplyDelete
  13. Lepas leya share terus ena add chart kt apps. Haha. Terpengaruh jugak ni nak masak guna air fryer. Yela memang kuat guna minyak masak. Lepastu tak kuasa nak simpan minyak lama

    ReplyDelete
  14. terimakasih atas perkongsian :) lepasni boleh la cuba and rasa hehe

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Sungguh memudahkan kerja isteri n ibu di dapur bila ada air fryer ni. Suami n bapa pun suka bila ibu/isteri selalu memasak utk keluarga kan? Abam Kie Biters dtg jenguk blog dan follow sekali ye? Thanks.

    ReplyDelete
  16. wahhhh kuih bingka tu fav saya! Tak sangka boleh masak guna air fryer. Thanks share resipi ni :D

    ReplyDelete
  17. wah menarik ni..macam macam kuih boleh buat guna air fryer rupanya :)

    ReplyDelete
  18. Nampaknya lepas ni semua rumah kena ada AirFryer setiap satu memang sangat membantu dan bagus lah banyak kuih tradisional boleh buat hehehe kita nak cuba juga lah buat hehehe tengok sangat mudah dan sedap menyelerakan...

    ReplyDelete
  19. Alamak. Banyak pula kuih yang bleh dibuat dengan airfryer nie. Nampak gaya Rawlins boleh belikan untuk my mum ni, senang sket kerja dia kelak.

    ReplyDelete
  20. Baru je beli airfryer.. Nanti boleh la buat guna resepi2 ni.. Nanti jengguk2 la blog kita n follow sekali #biters

    ReplyDelete
  21. oooo boleh jugak ek guna airfryer..nanti nak cuba lahh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.