Perasaan Bila Ahli Keluarga Terdekat Positif Covid-19

Perasaan Bila Ahli Keluarga Terdekat Positif Covid-19 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Mommy sibuk sedikit 2,3 hari ni sebab nak sediakan bahan-bahan kering dan basah untuk lauk seminggu bagi sahur dan berbuka ni.

Korang bacalah ucapan Selamat Berpuasa daripada mommy ni.

Dalam sibuk mommy uruskan hal rumah tangga, sibuk dengan anak.. dalam bulan puasa ini kami sekeluarga di uji dengan perkhabaran yang sedih. Kakak ipar mommy POSITIF covid19. Macam ni rupanya perasaan bila sedara dekat kita terkena wabak covid19 ni. Mommy lost sekejap. Terus mommy teringatkan anak dia yang baru darjah 1. Baru nak belajar berpuasa. Macam mana dengan mama nya tiada di sisi. Allahuuu

Jumlah Status Setakat 25 April 2020



Fikirkan Mak Abah

Kami ipar duai, adik-beradik suami telah sebulat suara untuk tidak beritahu dekat mak abah . Bukan apa takut nanti mereka terlalu fikirkan, tak lalu makan pulak nanti. Sudah la tengah berpuasa pulak ni.

Menara City One Condo

Kakak ipar ni bangunan kondo rumah dia memang dari pertengahan Fasa 1 PKP lagi dah kena redzone. Menara City One kondo ni kalau korang nak tahu kedudukannya di tengah banda. Keluar je condo terus jumpa Jalan Tar korang. So penduduk dekat situ kebanyakkan orang asing. 

Tiada Simpton

Kakak ipar mommy tiada menunjukkan sebarang simpton. Kiranya keadaan dia sihat walafiat. Cuma nya KKM mewajibkan semua penduduk di condo tersebut wajib membuat saringan. Suami dan anaknya alhamdulillah, saringan pertama negatif. Kakak ipar ni buat saringan pertama lambat 5 hari dari suami dan anaknya. 

Bila keputusan kakak ipar mommy positif terus dia di hantar ke hospital. Suami dan anak dia pulak terpaksa dikuarantinkan di Dewan Bukit Jalil tak silap mommy. Rumah merekan nanti akan di sembur . Bila dah kakak ipar mommy positif, suami dan anak dia terpaksa lakukan saringan lagi.

Cuba bayangkan budak umur 7 tahun nak kena buat saringan melalui tekak dan hidung tu. Haishhh

Mommy pohon korang doakan kakak ipar dan keluarga mereka sihat dan cepat sembuh ye.




18 comments:

  1. Allahuakbar...moga semuanya baik-baik aja yaa Leya...kesiannya anaknya tu..kena bagi moral support..

    ReplyDelete
  2. Risau! Sedih!
    Moga kak ipar & famili pulih ye.
    Anak buah Aida, doktor, masa pkp fasa kedua ada contact dgn patient covid19. Kuarantin 14hari d rumah. Alhamdulillah negatif. Tu pon dah risau,sis...

    ReplyDelete
  3. God bless the family and nation. I know it's not easy at the moment. But I trust God will heal the world , be patience and keep praying. God will answer your prayers.
    Although we have different religion, but I will keep your family members in my prayers.

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh. Kalau ada yang terdekat kena penyakit ni macam2 la kita fikir kan ye tak?. Moga cepat sembuh ya....insya allah.

    ReplyDelete
  5. Allahhu, moga kakak ipar sembuh. janhan kata keluarha terdekat, tengok jumlah yang positif pun dah sedih. moga Allah pelihara kita semua aamiinn

    ReplyDelete
  6. Ya lah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan...faham perasaan mereka yg ada keluarga mangsa Covid19. Sis dulu anak diayaki kena H1N1 dan kita smeua kena kuarantin. Alhamdullilah semua ok.

    ReplyDelete
  7. Semoga segalanya dipermudahkan.Dugaan Ramadan datang dalam pelbagai bentuk.
    Hanya Allah sajalah yang mampu selesaika semuanya.

    ReplyDelete
  8. Semoga kakak ipar cepat sembuh.. ujian buat mereka sekeluarga tu. Pasti ada hikmah.

    ReplyDelete
  9. Allahu..moga mereka baik2 sahaja. Memang risau dibuatnya bila ada salah seorang ahli keluarga yg terkena wabak ni..x boleh nk difikirkan. Org yg mengalaminya sahaja yg tahu. Doa byk2 ya..dn semoga wabak ini segara nyah dr dunia ini

    ReplyDelete
  10. Ya allah kesiannya SiL mommy positif. Itulah za pun tk dpt bayangkan kalau ada ahli keluarga terdekat yg kena covid19 apatah lagi kalau budak2... Semoga kita dilindungi dan terselamat dari penyakit ni

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar.. semoga baik2 saja SIL mommy & keluarga.
    Mommy pun kena kuat. In sha Allah, wabak ni akan hilang dr Msia 1 hari nanti.

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa mummy.

    Moga akak ipar mummy cepat sembuh, dan hope husband and anak kecil dia ok. Kesian juga tengok budak - budak kalau terkena tu. Kami di sini doakan kakak ipar mummy sekeluarga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  13. Sedangkan tengok video budak yang positif Covid-19 pun saya dah sedih menangis. Kalau jadi pada keluarga sendiri tak tahulah nak cakap. Sebab tu memang ikut betul apa yang disarankan PM. Keluar pun nak check up baby sahaja. Tuh pun rasa takut dan insecure je. Semoga semua urusan kaka ipar dipermudahkan.

    ReplyDelete
  14. allahu sedihnya, moga baik-baik sahaja dan dipermudahkan urusan semasa mendapatkan rawatan. Family semua kena bagi moral support untuk SIL

    ReplyDelete
  15. Allahu kesiannya...moga Allah beri kesembuhan buat kakak ipar leya..ameen...

    ReplyDelete
  16. Moganya baik2 ja keluarga tu.. Harap vaccine cpt sampai bntu banteras covid virus nie

    ReplyDelete
  17. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you

    ReplyDelete
  18. Ya Allah kesiannya kat anak dia tu..mmg x boleh nak ckp bila disahkan positif tu...hopefully she will recover segera

    salam jengah dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.