YOODO, BUAT PAKEJ PANGGILAN, DATA INTERNET DAN SMS SENDIRI

YOODO, BUAT PAKEJ PANGGILAN, DATA INTERNET DAN SMS SENDIRI | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.

Korang pakai perkhidmatan mudah alih (line) apa sekarang ni? Puas hati tak? Bagi korang, apa yang penting ketika korang mencari perkhidmatan mudah alih. Kalau Leya, semestinya UNLIMITED dan murah, dan signal coverage ada dimana-mana pelusuk tempat Leya pergi. 

Hah! Hahaha.

Meh nak kongsi rahsia dengan korang. Yoodo ada plan unlimited, tetapi Yoodo ada plan RARE punya. Yoodo juga dikuasakan oleh CELCOM. Tidak perlu risau kalau pergi mana-mana mesti ada line. Baca okey.



CIPTA PLAN SENDIRI?

Yup. Korang boleh cipta atau buat plan korang sendiri. 


Kelajuan Data Tinggi (High speed) 

Korang boleh tentukan berapa data Internet, berapa SMS, dan panggilan korang untuk sebulan. Secara automatik harga plan korang untuk sebulan akan dipaparkan di sebelah atas kanan. 

Kalau korang masih tak pasti juga lagi, boleh juga korang guna add-on. Add-ons dekan Yoodo hanya serendah Lima Ringgit (RM 5.00) sebulan sahaja. 

Tanpa Had (Unlimited) 

Korang jugak diberikan 2 pilihan untuk plan unlimited.

1. Unlimited RM 35, dengan capped 3Mbps data;

2. Unlimited RM 43, dengan capped 6Mbps data. 

YOODO 2.0

Tahun ini Yoodo dengan bangganya melancarkan Yoodo 2.0. Yoodo bakal menerajui ruang telco digital dengan ciri-ciri produk yang diperkenalkan dalam Yoodo 2.0.

Pengumuman itu merangkumi pelbagai ciri produk baru.

  • Perbaharui plan bila-bila masa

Pengguna Yoodo dapat menukar plan mudah alih mereka pada bila-bila masa yang mereka mahukan. Ciri produk yang mudah ini menghilangkan keperluan pengguna untuk menunggu kitaran bulanan semasa berakhir sebelum beralih ke plan pilihan baru mereka.

  • Pas Kuasa

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak data untuk jangka waktu yang singkat, Yoodo juga telah memperkenalkan Pas Kuasa yang berbeza dengan Booster biasa. 

Korang dapat 100GB selama 1 jam dengan harga hanya RM2.00. Perhatikan bahawa ini berlaku untuk kegunaan domestik sahaja. Perghhh download la movie sampai lebam.

  • Ganjaran Yoodo 

Ingin memberi penghargaan kepada pengguna atas sokongan setia mereka, Ganjaran Yoodo diperkenalkan untuk memberikan kembali kepada pengguna untuk setiap pembelian. Pengguna diberi satu Add-On percuma untuk setiap 10 Add-On yang mereka beli.

Add-On 


Yoodo juga memperkenalkan 8 Data Tambahan baru tahun ini di permainan, hiburan dan e-dagang, menjadikan jumlah Add-Ons menjadi 18. Korang boleh rujuk gambar di atas sekali. Leya ada kongsikan. 

Kad sim Yoodo boleh diterima secara percuma dan ia datang bersama kredit RM20 juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Kredit Yoodo Percuma? 

Korang mesti suka kalau orang belanja korang kredit percuma? Family ke yang belanjakan. Apa yang bestnya dengan Yoodo ini selain boleh buat plan sendiri, ada unlimited plan adalah korang boleh dapatkan kredit percuma. BAGAIMANA? 

Senang. Korang ajak family dan kawan-kawan korang beralih ke perkhidmatan mudah alih Yoodo, dengan memasukkan code refferal yang tersendiri korang akan dapat kredit bernilai RM 20.00 manakala yang baru daftar akan dapat 7GB data percuma. 

Ini kita panggil win-win situations. hahaha. 

Jom jangan tunggu lagi. Yoodo It Now korang. Boleh layari laman sosial Yoodo di bawah okey untuk makluman lanjut. 

Laman Website | Facebook |Instagram 

3 comments:

  1. high speed and unlimted tu penting ! hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau para gamers memang berbaloi guna data Yodoo ni tau...

    ReplyDelete
  3. Whoaaa. this is nice wooo.. Bagus gak plan gini ek

    ReplyDelete

Powered by Blogger.