i-Lestari KWSP Inisiatif Terbaru Pekhidmatan Dalam Talian KWSP

0
i-Lestari KWSP Inisiatif Terbaru Pekhidmatan Dalam Talian KWSP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Sebelum ni mommy ada kongsikan artikel Cara Pendaftaran Baru i-Lestari Tanpa Perlu Keluar Rumah Musim PKP. Terbaru KWSP mengambil langkah baru dengan mewujudkan laman web khas iaitu Pekhidmatan Dalam Talian KWSP untuk ahli KWSP membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 mereka. Inisitif ni pada pendapat mommy, KWSP ingin menyenangkan proses ahli KWSP untuk mengeluarkan duit dari akaun 2 KWSP mereka.

Korang boleh klik link di bawah untuk baca artikel yang berkaitan dengan i-Lestari KWSP


Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email mommy nurulaleya.blog@gmail.com atau pun boleh direct message dekat Fans Page facebook mommy ByAleya - apakatamommy; Blog Readers.

Mommy rasa ramai yang mempunyai masalah untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari sebelum ini dengan membuat permohonan pengeluaran di laman web KWSP. Ramai yang bertanya dekat messanges Facebook Pages mommy, ByAleya - apakatamommy; Blog Readers. antara soalan yang ditanya nya;

I. Mommy saya pakai no telefon yang jenis topup, macam mana nak dapatkan details ye.
II. Mommy macam mana saya nak tulis butiran diri dalam dokumen PDF ni?
III. Mommy nak buat gambar IC atas bawah macam mana? Kan tak boleh keluar nak photostat IC.
IV. Mommy kenapa e-mel saya tak lepas ye?

Ada yang tiada akaun bank la, ada yang no telefon sekarang dia pakai tapi details nya guna nama suami. Kesemua itu melibatkan rekod dan sistem di dalam proses permohonan pengeluaran wang KWSP maksima RM500 sebulan selama 12 bulan. Kenapa KWSP perlukan semua tu? Mommy percaya KWSP memerlukan pelbagai dokumen untuk membuat pendaftaran akaun ini kerana KWSP sememangnya mentikberatkan ciri keselamatan dan rekod.

Ramai juga ahli KWSP sebelum ini yang tidak kemaskini atau tiada i-akaun kerana berpendapat jangkamasa pengeluaran lambat lagi apabila mencecah umur 55 tahun dan boleh dibuat secara manual dengan hanya pergi ke pejabat KWSP yang berdekatan.

Perkara macam ini kita tidak boleh leka. Tidak rugi pun kita daftar i-Akaun dari sekarang. Kita boleh tengok sama ada majikan kita ada buat penolakan EPF atau tidak. Daftar i-Akaun bukan sahaja untuk keluarkan duit dari akaun 2 kita ni, macam-macam kita boleh buat pengeluaran. Salah satunya kita boleh buat pengeluaran untuk bayar duit rumah kita dan bayar duit pinjaman pembelajaran kita sewatu di universiti dulu.

Kita tidak tahu perkara yang akan terjadi kepada diri kita, atau negara kita di masa akan datang. Kita tidak menjangkakan nya sama sekali. 

Pada yang sentiasa semak akaun mereka, mereka beruntung la. Tidak perlu berusah payah untuk menyediakan kesemua dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari.
Mungkin terlalu ramai ahli KWSP membuat aduan atau bertanyakan soalan tentang cara permohonan Cara Pendaftaran Baru i-Lestari Tanpa Perlu Keluar Rumah Musim PKP, makanya KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian . 

Pekhidmatan Dalam Talian KWSP diperkenalkan untuk memudahkan ahli KWSP membuat permohonan.  

UPDATE : Laman web masih dikemaskini dan akan dibuka setelah naiktaraf siap sepenuhnya.

Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)