Kuasa Pembeli Ketika PKP Ini Membuat Harga Barang Meningkat

Kuasa Pembeli Ketika PKP Ini Membuat Harga Barang Meningkat | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy.

Korang mommy nak tanya pendapat korang. Sekarang ini isu yang mommy nak fokuskan adalah barang-barang jualan di platform e-commerce seperti shopee dan lazada. Mommy nampak harga-harga barang yang mommy selalu survey dan beli boleh dikatakan naik sedikit demi sedikit atau 2 kali ganda kenaikannya.


Barang yang mommy cakap bukanlah hand sanitizer, 3 ply mask atau thermometer bacaan suhu badan tu. Itu tak payah ceritalah, 3,4 kali ganda naik harganya. Korang bayangkan thermometer bacaan suhu badan yang harganya serendah  RM 30.00 dan paling mahal pun mommy pernah jumpa mungkin RM 60.00 boleh jejak harga sewaktu PKP ni RM 100.00 hingga RM 300.00 seunit. Gila apa.

Mommy ada survey air fryer baru, sebab sebelum ni mommy hanya guna oven dan air fryer ibu mommy je pun. Mommy mula survey dari awal bulan 3. Tapi keinginan tu tak sampai sangat. Sehinggalah masuk PKP fasa 2 ni, baru la keinginan nya membuak-buak korang.

Dia punya hantu tu nak kan air fryer sampaikan bukak channel Astro Ria, terkena pulak siaran waktu GoShop. Boleh pulak tengah promote air fryer. Hantu sungguh.

Mommy survey brand Russell Taylors dan Perysmith. Kedua brand ni kenaikkan harga yang mommy boleh cakap, senang cerita mommy bagi contoh la ye.


Kalau korang tengok harga semasa, RM 259.00. Seminggu lepas kawan mommy ada beli dan dia dapat harga lebih murah sedikit dari mommy. Murah dalam RM 20.00 macam tu. Masa sale 4.4 ada yang da[at RM 193.00 paling murah yang mommy tahu. Mommy ada joined group air fryer dekat facebook. Tapi tak pe la, apa-apa pun harga nya naik tak mendadak dan selamat mendarat petang tadi.

Mommy nak tekankan dekat sini, pastikan sebelum korang beli tengok review orang terlebih dahulu dan berapa unit sudah terjual. Kalau dapat shop official nya lagi bagus. Mommy ada search perysmith air fryer dan taraaaa. Korang boleh tengok harganya. Tiada review dan tiada yang sudah dibeli. Jadi pembeli yang bijak korang.


Apa yang mommy boleh buat kesimpulannya, harga nya naik sedikit demi sedikit selepas item yang di post sold out dengan cepat. Mommy nak beli sampai kena tunggu 2 kali baru dapat. Macam kes air fryer perysmith ni, barang yang ada di Malaysia mungkin berkurangan dan tak dapat restock dari kilang. So selalu sold out dan peniaga main harga la dekat situ. Sama jugak dengan brand air fryer russell taylors. 

Pembeli pun semasa PKP ni ada je benda yang nak dibelinya. Air fryer la, Printer la. Nanti harga printer confirm naik harga. Habis mak bapa perlukan printer untuk print latihan anak-anak yang cikgu bagi sepanjang tempoh PKP ni. 

Kalau ikutkan mommy nak je tunggu sale nak dekat raya nanti. Tetapi teramat perlukan dan sebab rakan-rakan jadi hantu, grab jugak la. Hahahaha

TUNGGU RESEPI YANG BEST DARI MOMMY GUNA AIR FRYER YE

37 comments:

  1. Sis punya brand Haier jee, dah 2 tahun pakai, alhamdulilah banyak jasanya..
    Beli je yang biasa Leya, gunanya sama je hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulah sis lin. Setakat ni oven ada, microwave ada. Saja nak beli air fryer. So better beli yang murah2. Macam sis cakap kegunaannya sama je

      Delete
  2. haha memang betul sangat, ada je benda nak beli. kalau tak betul2 review, kerugian lah walaupun kononnya item on sale

    ReplyDelete
  3. dari 1st day PKP tangan asyik masuk shopee & lazada je. ada je barang nak beli, mostly BBL beli barang2 kering dapur sebab takut nak keluar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee lagi 1. Pg mall pun mommy asyik masuk jugak

      Delete
  4. Comel la warnanya. Merah tu. Sis pun ada air fryer. So far puas hati pakainya. Kalau lagi ramai beli makin lama makin mahal pulak harganya mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm group fb yang mommy joined. Boleh dikatakan permintaan untuk beli air fryer meningkat 2x Ganda.

      Delete
  5. mahal jugak ye harganya.. sampai nak ke 500. kalau mahal lagi saya tumpang tengok je lah kot.. tunggu sale kang baru grab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha. Tp yang 500 ratus tu shop lain. Xd review xd sold out lg. Kena jaga2

      Delete
  6. best ada air fryer. mudah masak mcm2, sis.
    sila la beli. and best sgt lah. aida dah bertahun guna air fryer philips.
    zaman dulu beli rm999 tau. masa tu tak byk brand yg ada.
    now, hmmmm less than rm200 pun ok. terbaik la. memudahkan pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Philip adalah brand pertama yang keluarkan air fryer. Bila Philip dah keluarkan twin turbo punya, baru lah ia lepas kan hak . So ramai la yang boleh buat air fryer

      Delete
  7. Siapa yang rajin dan selalu beli online mesti perasan apabila barang turun naik kan? Masa PKP ni rasanya barang naik sikit kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak fas, mesti blh perasan la. Lagi jenis yang survey 2,3 hr dulu brg nya.

      Delete
  8. mahalnya mommy. harga dah naik 2 kali tu. kalau tahu harga murah tu, beli juga masa tu kan. mask pun naik harga mommy. ;(

    ReplyDelete
  9. Nak beli air fryer juga ni tapi macam perlu ke x perlu ntah la..pastu duit dah habis ke tempat lain bila asyik keluar masuk shopee ni..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah ni yang Jahat ni. Aim benda lain, benda lain di beli nya

      Delete
  10. Berminat juga nak beli air fryer tu. Tapi nantilah dulu. Belum ada rezeki. Pakai jelah apa yang ada. Apa pun insyaallah nak beli jugak satu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah , jarang juga saya berbelanja di shopee atau lazada ni. tambah2 time macam ni saya cuba jimatkan duit.nak beli barang pun kena fikir dulu utk masa depan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masih bujang, air fryer ni menyenangkan tau

      Delete
  12. My mom using Philips , and I have no idea how much is it.
    As long as boleh guna, I think that is enough for that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Philip agak mahal. Tapi sangat berbaloi. Ada org dah guna lama. Dan coating dalam still ok

      Delete
  13. Ye awak, baru je semalam kawan tanya harga air fryer sb last month bella beli rm199. Semalam dah jg Rm299.90. Semua naik nampak gayanya sebab PKP ni.

    ReplyDelete
  14. Aritu acah2 juga la nak beli air fryer ni.. tapi kami pkir balik , ada oven ada microwave ada steamer , ada slow cooker dan dapur masak dah .. takperlu ikut kehendak sgt kot.hahha nnt masaknya tidak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu zaza. Jangan terlalu ikut kehendak. Heheh mcm mommy ada oven. Tp bila nk buat kek dgn kuantiti yg sedikit suka pakai air fryer, cepat. Hehehe

      Delete
  15. Samalah macam nad, nak sangat air fryer tu. Tengok kawn2 buat kek guna air fryer syok je.. Dah masuk dlm cart tapi terfikir2 lagi nak mleuarkan ke tak. .hahaha.. Yup.. Bila waktu sale akan dpt hrga murh.. Bila dh hbis sale, naik balik harga

    ReplyDelete
  16. betul sebenarnya kuasa beli meningkat. bagi yang masih ada kerja masih ada rezeki membelilah, alirkan ekonomi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan sis. Perlu ada aliran jual beli. Tapi peniaga tak boleh la ambil kesempatan

      Delete
  17. Air fryer mmg best kalau ada kat rumah. Mcm ayu, anak2 jer guna kalau dia nak masak urgent. Sebab dia x merbahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang risiko bahaya nya. Tp bila dah siap masak, nak keluarkan makanan tu kena Jaga-Jaga jugak. Panas kan basket nya

      Delete
  18. Haaaa.. biasa tine PKP ni dah ramai yg shopping online jd xhairanlah klu harga dia blh naikkan? Lgpun mudah nak masak n cepat.. nipun tgh klik2.

    ReplyDelete
  19. Oo penangan PKP la ni, barang2 banyak naik harga. Seller makin tahu keadaan orang yg ramai tengah mencari sekarang ni. So demand tinggi, harga pun jadi mahal lah...

    ReplyDelete
  20. Yeah I notice that too. It appears that the prices have been deliberately increased which is not a good thing.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.