HUJAN | Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.
Selamat berhujung minggu korang. Tengah masak ke tu? Mommy hari minggu kebiasaannya memang sarapan pagi mommy akan buat makanan yang berat sikit. Macam nasi goreng ke, mee goreng ke supaya tengahari nanti masih rasa kenyang. Boleh keluar berjalan dengan hati yang gembira.
Iyalah dapur kemas dan bersih. Balik petang atau malam nanti terus tidur sahaja.
Niat dihati hari ini nak ke Tesco, mommy memang minat beli barang kering dekat Tesco. Diaper anak pun guna brand Tesco. Kalau barang basah jarang beli dekat Tesco, susah nak jumpa yang betul-betul fresh dan kadang-kadang tak ada pun barang basahnya.
List beli barang dah siap tulis lepas sarapan tadi. Aihhh boleh pulak hujan turun. Mata dah makin mengecil ni.
Terdengar pulak keluhan suami, bila mesin rumput je turunlah hujan. Ini sekejapan je la naik semula rumputnya.
Terkesan mommy dengan kata-kata suami. Mommy lihat suami, dia masih membebel.
Sudah la hujung minggu je yang ada dekat rumah. Boleh pulak hujan.
Mommy berdehem. Suami lihat mommy, terus dia istighfar. Allahuakbar. Maafkan aku Ya Allah. Aku khilaf dengan rezeki yang kau beri.
Kadang-kadang kan korang kita tak perasan apa yang kita lakukan, apa yang kita cakapkan. Boleh mendatangkan kemarahan, kemudaratan kepada diri kita sendiri ataupun orang sekeliling kita. Betulah kata-kata lebih cepat daripada perbuatan. Berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa. Bagi kita betul, kita rasa betulah ni apa yang aku buat tetapi pemahaman setiap orang berbeza.
Bersabarlah. Hujan ni rezeki. Dapat rezeki berdoa ketika hujan lebat. Rezeki dapat tadah air untuk basuh kaki lima rumah.
Iyerr hujan tu rezeki, Isnin lepas masa hujan lebat, Sis kat KPJ, maakkk aii sampai macam haperr kuatnya angin kat KPJ tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah..hujan tu rahmat dan saya suka hujan bila ada kat rumah dan bila anak2 semua ada dalam rumah..
ReplyDeletesalam perkenalan dari geng #Biters follower ke 14