MIYAKORI COFFEE, ECO PADDALIUM CAFE INSTAGRAMMABLE DI JOHOR BAHRU

MIYAKORI COFFEE, ECO PADDALIUM CAFE INSTAGRAMMABLE DI JOHOR BAHRU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog APAKATAMOMMYDOTCOM.

Alkisahnya, Miyakori Coffee ada branch dekat area Eco Paddalium sana. Sebelum ini mommy hanya tahu dekat Iskandar Puteri sahaja, sebab pernah ke sana. Ni mommy nak kongsikan berita gembira dengan korang, haritu mommy dapat invitation dari Miyakori Coffee untuk review menu terbaru dari Miyakori Coffee iaitu Seasonal Peach. 2 menu yang diperkenalkan, Peachy Yogurt Frappresso dan 4-inch Peachy Earl Grey Cake.



Senang je korang nak cari Eco Paddalium ni,guna google maps atau wave terus direct datang ke sini. Ataupun mommy terus kongsikan dengan korang ye link nya.

Google Maps: https://goo.gl/maps/ZztUR66Q18NAGpqTA

Area kawasan nya agak kedalam, hah kalau korang pernah ke Aeon Bandar Dato Onn Eco Paddalium dekat dah la tu. Dari Aeon korang boleh buka maps. Iyelah tak nak bateri telefon cepat habis. Satgi nak ambil gambar tengok bateri habis pulak dah. Sia-sia sungguh.

Miyakori Coffee terletak dihujung sekali di bangunan tiny white triangle house ni. Berhadapan dengan Bizmillah Hall. Kalau korang masuk sini, semua bangunan di sini di cat dengan warna putih. So english style kan.


Peachy Yogurt Frappresso bagi mommy rasanya ada masam dan manis yang seimbang. Masamnya datang dari yogurt dan manisnya tentulah dari perisa peach. Dengan harga RM16.90 memang sangat berbaloi. Korang akan dapat krim yang banyak dan hirisan buah peach yang sangat banyak.

4-inch Peachy Earl Grey Kek pulak bagi mommy, lembut sangat span kek nya. Sekali pandang macam telur goyang daaaa. Bila di potong keknya, ada 3 lapisan dan disaluti dengan krim serta hirisan buah peach. Harga kek hanya RM22.00. Korang tengok macam telur goyang kan.




Mommy pun dapat rasa Strawberry Yogurt Cheesecake. Nama pun yogurt korang. rasa masam tu tentu ada. Bagi mommy sedap la. Takkan tak sedap pulak korang. Mommy suka yogurt tau. Korang boleh tengok gambar macam mana Strawberry Yogurt Cheesecake. Nak tahu rasa kena datang Miyakori Coffee la.




Mommy bawak anak kesayangan mommy ni. Pekerja baru je letak makanan atas meja dia dah sibuk nak makan nak makan. Terus ambil garpu korang. Mommy kau tak sempat lagi nak ambil gambar Nayla, kau dah sibuk nak makan.



Dia je yang makan buah peach, 4-inch Peachy Earl Grey kek separuh dia yang balun. hahaha. Suka la tu sebab yogurt kan. Anak mommy ni memang peminat buah dan rasa masam. Sempat la menangis sebab tak sabar nak makan. Nasib baik mommy sabar. Kalau tak Nayla yang kena makan.

Apalagi pergi la sergah Miyakori Coffee, Eco Paddalium. Kalau nak ke branch lain ini mommy dah sediakan alamat dah. Google Maps je okey.

Miyakori Eco Palladium
๐Ÿ“K-01-09, Jalan Ekoflora 7/3, Pusat Perdagangan Ekoflora, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Malaysia
๐Ÿ• Open daily from 11am - 8pm

Miyakori Sunway Iskandar
๐Ÿ“Lot 16-01, Laman Niaga Sunway, Persiaran Medini 3, Sunway Iskandar, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
๐Ÿ• Open daily from 8.30am - 6.30pm

Miyakori Coffee
๐Ÿ“J5-19, level 05
Johor Bahru City Square
106-108, jalan wong ah fook
80000 Johor Bahru, Johor
Malaysia
๐Ÿ• Open daily from 10am - 10pm

Mintak tolong korang Like dan Follow la sekali Akaun Sosial Media Miyakori Coffee.

7 comments:

  1. Dah agak dah...mesti kat johor. Johor skrg mcm bertambah menarik dah. Dulu masa study sna xde best2 mcm ni.

    ReplyDelete
  2. Memang nak kena cuba ni, selagi tak sampai selagi tu teringat-ingat...
    Boleh plak masa tu ada halnya..ermmm

    ReplyDelete
  3. Ingatkan telur tadi..hahaha..menarik betul presentation di Miyakori ni ..

    ReplyDelete
  4. semua kat johor.. huhu.. mmg menarik.. nak makan pun sayang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.