PEROZIN EVERYDAY PAIN RELIEVER

PEROZIN EVERYDAY PAIN RELIEVER | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Leya hendak tanya dengan pembaca wanita, selepas melahirkan anak badan atau sendi-sendi cepat lenguh tak? 

Bukan apa sebab Leya selepas melahirkan anak, lenguh di sekitar pergelangan kaki semakin kerap berlaku dan membataskan pergerakan Leya untuk melakukan kerja seharian. Paling teruk bila waktu malam, rasa denyut menyebabkan Leya sukar untuk tidur. Bila tidak cukup tidur, semuanya rasa serba tidak menjadi.

Kesakitan otot dan sendi boleh mengganggu kehidupan kita dan sangat mempengaruhi emosi dan prestasi kita.

Bermacam krim sakit sendi dan otot Leya dah cuba, masih tak dapat mengurangkan kesakitan, hilang tentulah tidak. Boomm, Leya dikenalkan dengan Krim Perozin.

Perozin dirumus khas dengan bahan semula jadi untuk melegakan sakit otot dan sendi. Dengan mengurangkan keradangan dan menghilangkan rasa sakit dengan berkesan, Leya dapat rasai dalam hanya tiga minit selepas sapuan krim Perozin. (Kesan tak sama untuk setiap individu)

Cara Pengunaan

Sapukan sebahagian kecil Perozin dan sapu satu hingga tiga kali sehari ke kawasan yang terjejas. Hasil terbaik diperoleh dengan sapu Perozin sebelum dan selepas mandi air panas. Perozin hanya untuk kegunaan luaran. Elakkan terkena mata dan jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. Basuh tangan selepas setiap penggunaan.

Bahan di dalam Perozin

Bahan yang ada di dalam Perozin
Selain melegakan sakit otot dan sendi dengan sifat anti-radang, Perozin lembut, menyejukkan dan tidak berminyak pada kulit. Ia juga mempunyai bau mint yang menyenangkan. Dengan ramuan semula jadi, Perozin sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan Perozin digunakan untuk melegakan kesakitan yang cepat, berkesan dan berterusan.

Perozin adalah ubat penahan sakit sendi dan otot yang dibuat dengan bahan semula jadi termasuk pudina, halia dan rosemary. 
  1. Pudina - Mengandungi mentol yang mempunyai sifat menyejukan dan menenangkan pada sakit otot dan saraf.
  2. Halia - Anti-radang, mengurangkan sakit sendi dan otot
  3. Rosemary - Anti-radang, mengurangkan tekanan oksidatif

Perozin sesuai untuk wanita hamil, golongan muda, tua, atlet, pemandu, suri rumah dan sesiapa yang mengalami sakit sendi dan otot. 

Testomoni

Leya suka sangat dengan krim Perozin, tekstur yang tidak berminyak dan tidak melekit dan mudah menyerap serta berbau wangi. Seperti yang Leya ada tulis di atas. Tapi yang PALING PENTING tidak panas. 


On-The-Go

Perozin amat mudah di bawa ke mana sahaja dan bila-bila masa kerana didatangi dalam size 100ml tube. 

Dimana boleh dapatkan Perozin

Perozin boleh didapati di Watsons, farmasi terpilih dan kedai dalam talian seperti www.royalepharma.com, Lazada, Shopee dan PrestoMall.

Berita gembira untuk followers Leya, korang akan dapat 20% diskaun dengan pembelian Perozin 100ml di Website www.royalepharma.com.

Sila sertakan kod rujukan ini ( RPXAP-LEEYA20 )

Ikuti Perozin di Facebook dan Instagram untuk promosi terkini!

Facebook : Perozin Malaysia
Instagram : @perozinmalaysia
Website : Perozin

#perozinmalaysia #keepsyoumovin

8 comments:

  1. nmpk good product kan.. hope mummy2 smua jaga kesihatan and sendi2 badan ni...

    ReplyDelete
  2. sgt mmerlukan lah skrg jns2 gini. cpt sgt lenguh badan..

    ReplyDelete
  3. Rasa mint tu mesti sedap tu, rasa berangin2 je kan

    ReplyDelete
  4. Fuhh lepas bersalin czer. Sakit pinggang dan belakang ni lain macam. Kena ada krim sapu ni. Tidur malam pun nyenyak. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wah nanti I nak cari dekat Watsons la. I lenguh sendi sebab breastfeeding anak siang malam memang kena cari alternatif macam ni

    ReplyDelete
  6. Kitkat suka product yang ada pudina ni, bila guna rasa sejuk2 dan melegakan.. baru2 ni baru jer kemas rumah, sangat memerlukan produk ni.. Nak cari kat Shopee la.. thanks for sharing this ya :)

    ReplyDelete
  7. bagus juga ni untuk keperluan harian..

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ada perozin ni ye leya. 3bahan tu memang bagus sangat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.