DRAMA KISAH CINTA KITA EPISOD PENUH

0

DRAMA KISAH CINTA KITA EPISOD PENUH | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Rasa lama dah ni Leya tak update blog. Sampai satu masa, rasa malas sangat hendak berblog, tetapi Leya memang setiap hari tengok blog sendiri. 

Drama Kisah Cinta Kita Telegram


Hari ni nak review sikit cerita Kisah Cinta Kita yang sedang hangat di pasaran. Haha. Link Telegram tengok sampai bawah. Episod 28 Episod yang korang akan menangis sentiasa. 

Drama bersiri ‘Kisah Cinta Kita’ menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson bakal bersiaran selama 28 episod bermula 26 November 2021 menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Makin kacak bergaya pulak si Aedy Ashraf ni.. terterter kalau budak tiktok cakap.

Kira dah nak habis drama baru la Leya nak bercerita dengan pembaca blog Leya. Cuma nak cakap, Leya dapat tengok awal 12 jam sebab tengok dekat Disney+ Hotstar Hahaha. Penonton juga boleh menyaksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Kisah Cinta Kita

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 26 November 2021 
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Idea & Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Daniella Sya, Hazman Al-Idrus, Dato’ Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian, Arash Mohd, Adriana Ghafar, Izzendra

Watak Pelakon

Aedy Ashraf sebagai Amer
Amelia Henderson sebagai Aleesa
Ikmal Amry sebagai Zuhairi
Daniella Sya sebagai Maria
Hazman Al-Idrus sebagai Putra
Maria Farida sebagai Hanisah
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ramzi
Khaty Azian sebagai Datin Laila
Arash Mohd sebagai Malik
Adriana Ghafar sebagai Asma
Izzendra sebagai Siti 

Sinopsis Kisah Cinta Kita

Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. 

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju. 

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

Stay Tuned untuk Episod.

Kisah Cinta Kita : Full Episod 



Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)