[UPDATE EP 1-47]EPISOD PENUH RINDU AWAK SEPARUH NYAWA EPISOD 1-40(AKHIR) SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA

[UPDATE EP 1-45] EPISOD PENUH RINDU AWAK SEPARUH NYAWA EPISOD 1-40(AKHIR) SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK DAPATKAN LINK

Korang drama baru datang dah. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Leya dah baca novel ni beberapa tahun yang lepas. Dulu memang asal penulis novel Siti Rosmizah keluar sahaja novel baru, memang terus mencari novelnya sampai dapat. Sampai sekarang pun Leya masih lagi ulang baca novel-novel yang ada dirumah.

Melangut lagi la Leya depan television. Sebelum ini drama Takdir Yang Tertulis dan Aku Yang Kau Gelar Isteri Slot Samarinda TV3, kali ini pula Rindu Awak Separuh Nyawa diadaptasikan ke drama untuk Slot Megadrama Astro Ria.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

  • BILANGAN EPISOD : 48 Episod
  • TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
  • PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
  • PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
  • PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
  • PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
  • PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

BARISAN PELAKON RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

  • Syukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
  • Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
  • Marsha Milan sebagai Nurul Huda
  • Norreen Iman sebagai Qistina
  • Fizo Omar sebagai Aidil
  • Aida Khalida sebagai Puan Norida
  • Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
  • Rahim Jailani sebagai Dato Halim
  • Fiza Thomas sebagai Sally
  • Norkhiriah sebagai Kak Munah
  • Aleza Shadan sebagai Esah
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
  • Ikhlas Jalil sebagai Izudin
  • Fiza Thomas sebagai Sally
  • Fauzi Nawawi sebagai Kasim
  • Aleza Shadan sebagai Esah

LAGU TEMA (OST)

Naqiu, Vanessa Reynauld - Rindu Separuh Nyawa

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Mengisahkan tentang seorang anak tunggal yang hidup dalam keluarga berada bernama Kasih Maisara. Dia mempunyai sikap yang sangat angkuh dan sombong. Kasih Maisara menyimpan dendam dengan ayahnya, Datuk Raqib kerana menyebabkan kematian ibunya. Untuk melepaskan dendamnya, dia menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.

TONTON EPISOD PENUH RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Terlepas untuk tonton di TV, jangan risau korang boleh tonton drama Rindu Awak Separuh Nyawa di Telegram dan juga Facebook 

Kalau korang jenis suka tengok video dekat Facebook boleh la join Facebook Private Group : Rindu Awak Separuh Nyawa

Paling cepat Joined je Telegram, nanti Leya ada share jugak link Facebook 

LINK TELEGRAM

10 comments:

  1. Oo kat Astro ek.. memang belum layan lagi drama ni, nanti boleh try tengok, ke tunggu marathon aje hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya baru je tgk citer ni .. kat Youtube.
    Tgk sbb ada si mamat Syukri Yahya ni.

    ReplyDelete
  3. Min tlng update episod 12 punya....plissss

    ReplyDelete
  4. Tekan links tapi tak jumpa pun cerita NIE ..macam mana nie ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  5. Macam ane nk nengok nye nih x paham la

    ReplyDelete

Powered by Blogger.