Bufet Ramadan Hotel Granada Bukit Indah

0

Bufet Ramadan Hotel Granada Bukit Indah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. 

Ada Bangsa Johor tak yang baca blog Leya . Ini lah masanya untuk korang cepat-cepat buat Early Bird. 

Bufet Ramadan Murah Johor 2023

Bufet Ramadan Murah Johor Bahru 2023

Hotel Granada Johor Bahru, Bukit Indah menyajikan Bufet Ramadan bawah RM100 dengan bertemakan Citarasa Muhibbah Ramadan di Olla Restaurant mereka bermula dari 25 Mac hingga 16 April 2023.

Olla Restaurant Hotel Granada Johor Bahru ni ada sijil HALAL JAKIM. Jadi, korang tak perlu was-was untuk berbuka puasa kat sini bersama dengan keluarga atau kawan-kawan, bufet kali ni menawarkan hidangan tradisi dengan konsep perpaduan "Muhibbah".

Sajian Utama 4 Rotational Menus

Diilhamkan oleh semangat kebersamaan dan perpaduan yang sebenar ditonjolkan menjadi konsep " Citarasa Muhibbah "

Sajian utama Citarasa Muhibbah membawakan lebih banyak pilihan menu seperti masakan asli kampung dan membuatkan korang teringat-ingat bila berbuka di kampung. 

Sajian utama seperti Ayam Masak Kurma, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Gulai Darat, Udang Sambal Petai, Tofu Sos Szechuan, Nangka Muda, dan telur dadar. 

Citarasa Muhibbah Bufet juga menyediakan Warong Satay dan Warong Golek. Kambing bakar yang garing diluar tetapi lembut isinya dengan aneka pilihan sos seperti Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan, perghhhh anak Leya pun boleh bertambah makan.

Ada juga pembuka selera macam Buah Kurma dan Sayur Pecal Leleh, Aneka Sambal, Salad Barat dan Kerabu, Ulam-ulaman, dan juga Manisan seperti buahan potong dan kuih muih.

Korang tengok la gambar-gambar dalam album dekat Facebook ni. Memang menyelerakan.

CITARASA MUHIBBAH, Buffet Ramadan dari Hotel Granada Johor Bahru diilhamkan oleh semangat kebersamaan dan perpaduan yang...

Posted by ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers on Wednesday, 22 February 2023

Lokasi Hotel Granada 

Hotel Granada Johor Bahru bersebelahan dengan McDonald's Bukit Indah, tak jauh dari AEON Mall Bukit Indah. 

Berapa Harga Murahnya Ini?

Hehe, mesti korang tak sabar kan. Harganya adalah RM79.00 untuk dewasa manakala RM59.00 untuk kanak-kanak dan juga warga emas.

Korang kena beli tiket awal bermula sekarang dan sehingga 22 Mac 2023. Barulah dapat harga murah tersebut. Ingat!! Sebelum 22 Mac 2023. Alah orang panggil Early Bird la.

Citarasa Muhibbah Ramadan Buffet Dinner

πŸ“ Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru πŸ—“️ 25 Mac - 16 April 2023
⏰ Time 7.00pm - 10.00pm 

πŸ’Έ Harga Early Bird (sehingga 22 Mac 2023) RM79 nett per Dewasa
RM59 nett per Kekanak & Warga Emas

πŸͺ™ Harga Biasa
RM99 nett per Dewasa
RM79 nett per Kekanak & Warga Emas

πŸ‘‰For Booking & Enquiries:
πŸ“ž 0177998413 (Mohd Hafit)
πŸ“§ hafit.hgjb@careluxuryhotels.com

πŸ‘‰Group booking: 
πŸ“ž 0177727358 (Mohd Adi) 
πŸ“ž 0178188047 (Rohan) 
πŸ“ž 0127727534 (Ruhila)
πŸ“§ sales.hgjb@careluxuryhotels.com 

‼️ Surau disediakan disini
πŸ‘Œ Parking Percuma

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)