Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru 2023

0

Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru 2023 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. 

Alhamdulillah cuma nak cakap terlalu happening Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru. Sebenarnya Leya tak dapat invitation, hanya mengantikan kawan sesama blogger. Dia last minit ada hal. Thanks Shuhada. Sebab Shu, akak dapat jumpa artis. Hahaha. Korang tengok ni dia pergi makan Daging Wagyu

Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru


Citarasa Warisan Kampung Ramadan Bufet

Citarasa Warisan Kampung Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru paling ramai la Leya rasa yang hadir. Ada dalam 400 orang tetamu yang hadir.

Memang paling berbaloi la menu Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet kat sini, ada Kibas Panggang 30 Hari, Nasi Briyani Arab dengan Ayam Lebanon, Ikan Siakap 3 Rasa, Sambal Paru & Limpa, Nangka Masak Lemak, Siput Sedut Belitung Masak Lemak, Pajeri Nenas, Butter Prawn, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Kari Kambing Dhalca, Sup Gearbox, Nasi Ayam Hainan, Mee Goreng, Mee Bandung Muar, Roti John, Satay Ayam & Daging, aneka Cucur, Kerabu, Ulam-ulaman, Fresh Durian, juga pelbagai jenis pencuci mulut.

Sila tengok gambar makanan untuk Bufet Ramadan nanti ye. Banyak sangat. 

Bufet Ramadan Johor paling onzzz tahun 2023 di Thistle Johor Bahru . Ada emcee kesayangan ramai Embun Jb , persembahan...

Posted by ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers on Saturday, 25 February 2023

Leya paling suka dessert dan kuih-muih yang ada. Dessert semua sedap dan kuih-muih traditional yang jarang kita nak jumpa sekarang ni.

Makanan utama pulak, Leya suka makan mee goreng dan ayam goreng. Weh mee goreng habis tau. Sudah tentu kambing golek masih kesukaan. Tiada kambing golek orang kata bukan bufet ramadan la namanya.


Majlis berjalan dengan cukup happening, lagi-lagi emcee kesayangan ramai Embun Jb bergabung dengan Diva AA. Iya Diva AA aka Azwan Ali. 

Special Performance dan Celebrity of The Week

Sepanjang Bufet Ramadan Thistle Johor Bahru ini berlangsung dari 23 Mac hingga 20 April, setiap hari akan ada Special Performance daripada Embun Jb, Kudien dan Aqmal Daniel.

Celebrity of The Week pulak menampilkan Ayai Illusi dan Diva AA pada 8 April 2023 manakala pada 15 April 2023 ada Siti Nordiana. 

Tempahan Awal ( Early Bird ) dan Pakej Bilik

Mana boleh kalau tiada tempahan awal kan, tetapi yang bestnya kita boleh buat tempahan awal sekali dengan pakej bilik. Buat apa bayar mahal-mahal dapat makan Bufet Ramadan sorang-sorang. Baik tempah pakej bilik, dapat makanan untuk bersahur dan bufet ramadan untuk 2 orang.

Ramadan Stay & Dine - RM499 nett

(Blackout date pada 8 & 15 April 2023)
Penginapan 1 malam di Deluxe City View
room + Sahur + Bufet Ramadan untuk 2
orang

Ramadan Stay & Dine with the Stars

RM599 nett (8 & 15 April 2023)
Penginapan 1 malam di Deluxe City View
room + Sahur + Bufet Ramadan untuk 2
orang

Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet

👉 Grand Ballroom, Thistle Johor Bahru
🗓 23 Mаc-20 April 2023
⏰️ 6.30Ñ€m -10.00Ñ€m

🕊️ Harga Biasa (kecuali 8 & 15 April 2023)
RM148 nett per Dewasa
RM85 nett per Kekanak (6-12 tahun)

💸 Harga Istimewa Hari Sabtu (8 & 15 April 2023)
RM198 nett per Dewasa
RM119 nett per Kekanak (6-12 tahun)
💖 Penampilan khas Ayai Illusi, Diva AA & Siti Nordiana

*Tempahan hendaklah dibuat 3 hari sebelum

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 07-267 8999
📱 012-789 2092
📧 fnbcoordinator.jb@thistle.com.my | salesthistle.johorbahru@thistle.com.my

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment (0)