Header Ads

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN, Semakan Status Dan Pembayaran

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN, Semakan Status Dan Pembayaran | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Belum reda dengan RM250 Bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE) PRIHATIN sekarang rakyat kena alert dengan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN, Semakan Status Dan Pembayaran.

Korang sambil-sambil tu boleh klik link Cara Pengeluaran i-Lestari ( Akaun 2 ) KWSP Sempena Bantuan COVID-19

Apa yang menariknya mommy tengok dekat sini, kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Dan buat kali pertamanya ia akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40.

Kenali dahulu siapa yang tergolong dalam kategori B40, M40 dan T20. Boleh refer gambar di bawah.



Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah

Okey ini sangat penting.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Siapa yang TIDAK PERLU membuat permohonan yang baru.

Isi Rumah RM4,000 ke bawah 
Isi rumah yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Isi Rumah RM4,001 – RM8,000
Isi rumah yang mempunyai rekod pembayaran cukai yang berdaftar dengan LHDNM.

Bujang RM 2,000 ke bawah
Individu bujang yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bujang RM2,001 – RM4,000
Individu yang mempunyai rekod pembayaran cukai yang berdaftar dengan LHDNM

Masih blur lagi. Okey ini lagi ringkas mommy boleh berikan dan siap bergambar.

1. Tak perlu daftar
  • Penerima BSH
  • Pembayar cukai




2. Perlu daftar
  • Bukan penerima BSH
  • Bukan pembayar cukai

Kaedah Permohoan Bantuan Prihatin Nasional
Bagikorang yang tidak termasuk dalam kategori di atas,  permohonan baru di buka 1 April 2020 dan boleh dilakukan mengikut kaedah permohonan di bawah:
  1. http://www.hasil.gov.my
  2. https://bsh.hasil.gov.my 
  3. https://www.treasury.gov.my
Sekiranya permohonan baru diluluskan, bayaran akan dibuat sekaligus pada bulan Mei 2020.

Status Semakan Bantuan Prihatin Nasional
Status semakan bantuan prihatin nasioanal juga akan di buka pada 1 April 2020 tidak kira untuk pemohon yang lama atau baru.
  1. http://www.hasil.gov.my
  2. https://bsh.hasil.gov.my 
  3. https://www.treasury.gov.my

Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional
Boleh refer gambar di bawah. Tengok Jumlah Bantuan dan Tempoh Pembayaran

Faham kan? Mommy sehabis baik ringkaskan untuk korang. Harap faham ye. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya dengan send ke email mommy nurulaleya.blog@gmail.com atau pun boleh direct message dekat Fans Page facebook mommy ByAleya - apakatamommy; Blog Readers

4 comments:

  1. alhamdulillah untuk pemberian kerajaan kala musibah ni..
    smoga dapat membantu mengurangkan beban..

    ReplyDelete
  2. Faham mummy, yang perlu dengan tak perlu. Terima kasih berkongsi.

    Bantuan kerajaan ni sangat2 meringankan beban rakyat

    Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan baru

    ReplyDelete
  3. Wah detailnya explanation ni. Sangat berguna.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.