Bila Suami Pergi Kerja Tidak Balik Rumah

Bila Suami Pergi Kerja Tidak Balik Rumah | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Mommy harap korang sihat ye. Jangan kesihatan diri masing-masing.

Mommy cuma ada sedikit perkongsian dengan korang. Suami mommy jenis pergi kerja 2,3 hari tak balik. Paling lama 2 minggu. Sepanjang suami mommy tiada, mommy lah yang kena uruskan semua perkara. Sedikit kepenatan bila suami tiada dengan kita kan.



Apa Kata Lain/Maksud untuk Perkataan Suami.

Maksud gambar dekat atas tu salah tu. Maksud sebenar suami ialah yang mengikut dan mendengar arahan. hahaha. Betul kan isteri-isteri diluar sana.

1. Bie, tolong kejap basuhkan berak anak ni.
2. Abah nya, anak nak tidur ni. Baring la sekali dengan anak dalam bilik tu.
3. Bie, sidai baju kejap.. tolong.
4. Bie, tolong pergi pasaraya belikan barang-barang ni. Tu, saya dah tulis barang apa nak beli.

Dan banyak lagi lah kan.

TETAPI, yang paling penting sekali bagi mommy adalah suami adalah seorang yang mencari rezeki untuk keluarga. Kecil ke besar ke gajinya kita sebagai seorang isteri haruslah memahami dan saling bertolak ansur.

24 comments:

  1. Ooo pergi kerja. Ingatkan benda lain tadi bila baca tajuk dia - ada sedikit suspen hehe. Good job independant mothers

    ReplyDelete
  2. Keluar.mencari rezeki halal untuk keluarga juga satu pengorbanan. Bonus bila suami di rumah dapat bantu isteri dengan kerja rumah

    ReplyDelete
  3. Kalau dapat suami ug bijak membantu ok la tapi kali suami yg tak pandai nak urus anak dan biarkan rumah urusan bini memang lagi la penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu Kalau Ada yang tak puas Hati kena luahkan

      Delete
  4. keluar mencari krja tu xpa..tp ada juga yg terus lepas tangan sbb bini boleh buat segalanya...no..no no..Married need each other. saling bantu membantu, saling memerlukan dan saling memahami.

    ReplyDelete
  5. teringat masa mengandungkan anak kedua dulu, kami pjj dan uruskan rumahtangga dan anak sambil bekerja sendirian memang mencabar. tapi sekarang seronok sebab husband dapat projek area Klang Valley, syukur sangat

    ReplyDelete
  6. Suami fiza kalau kerja 2-3 bulan baru balik. Pi jaga negara kat sempadan nun. Hehehe.. Kadang menangis juga bila penat dok pikir nak uruskan macam-macam masa suami jauh ni

    ReplyDelete
  7. kalau suami faham isteri juga penat urus rumah dan anak-anak dia akan tolong. sebab tu sebenarnya tanggungjawab dia jugak

    ReplyDelete
  8. Tak pelah, dia mencari rezeki yg halal untuk anak dan isteri.. semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  9. Ye laaa tadi baca pun suspen je weyy... kalau Sis dah biasa dah berjauhan, paling lama 3 bulan lamanya sebab kerja ..

    ReplyDelete
  10. Keluar mencari rezkei yang halal takpe.. Bila balik fia dpt luangkan masa dengan kelaurga.. Hehee. Memg kalau ade duami dpt bantu sikit2.. Memng penat semuanya

    ReplyDelete
  11. Syukurlah kalau dpt suami y rajin dan boleh bertolak ansur dengan isteri

    ReplyDelete
  12. ya, kewajipan suami untuk keluar cari rezeki utk beri nafkah pada anak bini. lelaki nak jadi pemimpin keluarga nie tanggungjawab besar. apa2 pon, kena saling bertolak ansur

    ReplyDelete
  13. syukur suami rajin berusaha kan. alhamdulillah mudah2an dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  14. Syukur alhamdulillah..betul suami cari rezeki untuk kita dirumah. InsyaAllah bertolak ansur kunci penting dalam hubungan

    ReplyDelete
  15. betul, amanah si ketua keluarga bila perlu pegang tanggungjawab menyara keluarga dan sediakan secukupnya. Semoga dipermudahkan urusan suami sis :)

    ReplyDelete
  16. Catchy betul tajuknya... hehehehe... alhamdulillah, semoga terus istiqomah bertolak-ansur... kita hampir serupa, tapi saya pulak yang dok outstation, suami kerja sendiri jadi boleh handle anak-anak di rumah... yang penting ialah kesefahaman dan sentiasa percaya dengan apa yang telah ditentukanNya kannnn...

    ReplyDelete
  17. Hehe pergi kerja takpe.. Syukur suami rajin, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  18. Lain macam baca tajuknya. Semoga kita dikurniakan suami yang mithali. Aamiin.

    ReplyDelete
  19. Bersabarlah maybe ada hikmahnya. Maybe lebih rapat dengan anak-anak. Rezeki ni macam2 cara kan. sometime kena berkorban

    ReplyDelete
  20. Bagusnya perkongsian macam ni. Harap dapat suami yang boleh dan rajin membantu isteri macam ni. Tapi lagi best kalau dua-dua membantu baru lah best

    ReplyDelete
  21. Dah biasa uruskan anak2 dan rumah bila suami kerja luar.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.