KLINIK SUZANA KLINIK PAKAR ESTETIK DAN KULIT DI JOHOR BHARU

17
KLINIK SUZANA KLINIK PAKAR ESTETIK DAN KULIT DI JOHOR BHARU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom. Kali ini mommy hendak cerita dengan korang mengenai lawatan mommy ke Klinik Suzana iaitu Klinik Pakar Estetik dan Kulit yang terletak di Bukit Indah, Johor Bharu berdekatan dengan Tesco Bukit Indah.

Klinik Suzana Klinik Pakar Estetik dan Kulit di Johor Bharu

Klinik Suzana ditubuhkan pada tahun 2002 dengan misi untuk memberikan rawatan estetik yang premium dengan hasil yang tiada tandingannya sambil mengekalkan standard keselamatan terbaik.

Klinik Suzana menawarkan perkhidmatan estetik profesional yang dijalankan oleh doktor-doktor yang berpengalaman, profesional dan prihatin! Korang boleh yakin bahawa korang berada di tangan yang baik.

Rawatan Microderm dan Hair Removal

Keadaan kulit mommy (SEBELUM- tiada asas solek / tiada krim BB dan tidak ada penyuntingan gambar).


Sebelum menentukan rawatan apa yang perlu mommy ambil untuk masalah kulit muka mommy, mommy terlebih dahulu perlulah melakukan consultation dengan doktor. 

Doktor akan melakukan skin analysis untuk tahu keadaan kulit muka mommy. Keputusannya mommy mempunyai kulit kering yang teruk. Sedikit jeragat dan masalah rerambut di muka. Boleh tengok gambar di bawah.


Gambar pertama
Menunjukkan mommy mempunyai jenis kulit kombinasi. 

Dibahagian T-Zone, kulit mommy berminyak dan kering. Dibahagian U-Zone,  kekurangan sebum dan juga kekurangan kelembapan. 


Gambar kedua
Boleh dikatakan puratanya masalah di kulit muka mommy yang sangat bermasalah adalah yang melebihi paras normal seperti bintik-bintik ( jeragat dan kesan bekas jerawat ) dan liang pori yang terlalu besar.


Rawatan Microderm The Diamonds Tip

Adela, Pembantu Klinik membersihkan wajah mommy terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan Microderm ; The Diamonds Tip.


Semestinya Klinik Suzana memilih mesin yang terbaik untuk pelanggan yang datang mendapat kan rawatan di Klinik Suzana. Mesin Viora Pristine (Diamond Tip) memperkenalkan pengalaman estetik yang tidak terdapat dalam rawatan berasaskan kristal konvensional.

Microderm adalah prosedur cepat, tanpa downtime yang memperbaharui kulit dengan mengangkat sel mati dari permukaan kulit korang. Sistem yang ada pada Mesin Viora Pristine microderm mempunyai dua fungsi : Pengelupasan dan Vakum. Penggunaan berlian asli yang berkualiti membuatkan proses mengelupas kulit dengan lembut tanpa memotong atau menggaru. Rawatan The Diamonds Tip mempunyai banyak kelebihan. Hanya dengan satu rawatan, korang akan dapat lihat keputusan yang amat bagus.
  1. Garis halus dan kedutan menjadi kurang ketara
  2. Tona kulit menjadi/kelihatan sekata
  3. Tekstur Kulit menjadi lebih halus
  4. Kulit yang berminyak atau mempunyai jerawat yang halus menjadi bertambah baik
  5. Pori dapat dikecilkan
  6. Kesan parut kelihatan berkurangan
  7. Kulit kelihatan lebih sihat dan awet muda; paling penting
  8. Pigmentasi dikurangkan
Melakukan rawatan microderm secara berkala membuatkan sel kulit lama korang mengelupas dan dapat di vakum dan meningkatkan sel kulit yang baru. Sel kulit yang baru dan sihat dapat menyerap udara, air dan paling penting produk harian yang kita guna. Nutrien ini kemudian diangkut ke sel kulit yang lebih dalam di mana ia diperlukan, meningkatkan peredaran yang akan menjadikan kulit korang lebih segar, cerah dan penembusan bahan aktif produk penjagaan kulit yang lebih baik.

Sebab itu bila korang pakai produk harian, result tak memuaskan sebabnya produk harian tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan oleh Sel kulit mati korang.

Pentingkan buat Microderm ni. Ini kulit mati yang dapat divakum atau disedut dari rawatan microderm yang mommy buat.


Selesai rawatan microderm mommy boleh rasa perbezaan kulit mommy. Lebih lembut dari sebelumnya.

Rawatan Hair Removal Laser

Agak takut bila nak buat rawatan hair removal laser ni. Pertama kali mommy buat rawatan laser. Sebelum ini kalau buang rerambut di kaki, kebiasaannya mommy akan beli yang wax atau krim dan paling teruk guna pencukur.

Dari zaman remaja mommy tidak pernah lagi buang rerambut diatas bibir mommy. Sebab ramai yang cakap kalau buang guna pencukur, nanti akan naik lagi kasar dan tebal. Takut la mommy. So mommy cuma guna gunting sahaja.


Tiada krim digunakan ketika membuat rawatan hair removal ini. Doktor Suzana memulakan rawatan dengan menghidupkan mesin, dan mengarahkan laser ke kawasan yang bermasalah. Dengan kepakaran yang diiktiraf Doktor mengarahkan laser ke wajah mommy.

Sakit semasa proses rawatan hair removal laser. 

Sakit ke? Bagi mommy kesakitan nya masih boleh ditoleransi. Pada skala 1-5, mommy akan pilih 2! Semasa menggunakan laser, korang mungkin menghidu sedikit bau terbakar tetapi jangan risau tidak membahayakan korang pun.

Doktor sangat-sangat membantu. Doktor Suzana sentiasa akan memberikan penerangan semasa dalam rawatan. Untuk kawasan yang ada rerambut sedikit tebal atau banyak, akan terasa sedikit sakit.

Untuk pertama kali buat rawatan hair removal, Doktor akan guna tekanan 8 Joules terlebih dahulu. Selepas rawatan pertama, bila kulit kita sudah sebati baru di naikkan ke 10 Joules. 

Kalau korang boleh tengok muncung kepala tu berbentuk bulatan sebesar duit syiling sepuluh sen. Setiap rerambut yang ada didalam bulatan itu akan ditembak dengan laser tu la. 


Kelebihan Rawatan laser daripada Waxing atau Bercukur

Rawatan Hair Removal, rerambut akan kekal hilang selepas beberapa rawatan. Ini kena tengok pada tebalan rerambut yang ada. Selepas rawatan pun tidak ada kesan sampingan.

Rawatan waxing, jugak adalah satu kaedah untuk membuang rerambut yang ada. Lebih berkesan dari bercukur, tetapi tidaklah kekal. Agak sakit proses waxing ni. auchhhh

Rawatan bercukur pulak bagi mommy janganlah korang buat. Lagi-lagi yang anak dara tu. Sekali korang dah bercukur, rerambut tetap akan tumbuh. Tetapi kesannya rerambut yang baru tumbuh lagi kasar dan banyak. 

Pendapat tentang Rawatan Hair Removal

Sekarang sudah masuk minggu ketiga mommy buat rawatan hair removal. Rerambut masih tidak tumbuh lagi. Mommy buat rawatan 4 hari sebelum Raya Haji. Siap boleh solek korang masa Raya Haji. Tidak le stress hendak tutup rerambut dekat kawasan atas bibir tu. 

Mommy cadangan sangat korang pergi buat Rawatan Estetik di Klinik Suzana. Paling penting bagi mommy untuk kita orang perempuan ini, sudah tentu hendak jaga aurat bukan. Hah! Klinik Suzana ini doktor semua perempuan sehingga la staff juga perempuan. 

Untuk keterangan lebih lanjut korang bolehlah :
Facebook Page : Klinik Suzana
Instagram : kliniksuzana
Laman Web : Klinik Suzana

Alamat : 38,Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
No Tel : 07-244 6248/07-235 8520

Korang kalau korang nak dapatkan 10% dari setiap rawatan yang ada di Klinik Suzana, korang boleh direct message mommy dekat Facebook Page mommy okey.

Dan mommy mencari SEORANG pemenang.. ( boleh tengok IG dan FB Page )  Stay Tuned! 

ByAleya-apakatamommy;Blog Readers 


Post a Comment

17Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. atie mmg tgh cari servis untuk facial hair remover.. tgk post ni rasa excited.. then tgk tempat...
    johor :( jauh benar

    ReplyDelete
  2. Dah lama nak buat laser hair removal tu tapi takut jugak sakit lepastu naik balik haha thanks share pengalaman dekat sini

    ReplyDelete
  3. Bagus semua therapist perempuan. Selesa nak buat rawatan. Tak pernah buang rerambut kat atas bibir. So tak boleh bayangkan sakit nye. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dari doctor hingga ke staff Semuanya Perempuan. memang recommended sangat

      Delete
  4. Dah lama liez xbuat treatment ni.. last buat last year.. mmg best rs lps buat facial ni kan.. kulit rs segar, lembut dan cerah

    ReplyDelete
  5. wah bestnya..teringin nak pergi tp tuela ada anak kecik ni pkir byk..klinik tu kids friendly x mommy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik Suzana ni kids friendly.. tak nampak plak bilik khas untuk kids.

      Delete
  6. Wah. Nervous plak bila terbaca ada bau terbakar sikit hahaha. Rawlins suka tengok wanita yang rajin memanja dan menjaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan bau hangit tau babe. seriously. hahaha takut jugak masa tu ingat kan apalah terjadikan. memang sekarang niat nak menjaga dan manjakan diri sendiri

      Delete
  7. Hair removal tu okay juga buat untuk hilangkan anak2 rambut ni kan.. rasa cam terlebih2 pula..haha n microderm tu memang bagus, bersih je muka lepas tu.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada rawatan estetik ni untuk penjagaan muka. Perkongsian yg sangat menarik

    ReplyDelete
  9. Yes i tried the hair removal laser before too, its effective and it helps to smoothen the skin alos.

    ReplyDelete
  10. Kalau dari Segi harga mcm mana..
    Okay tak?
    Erm.. bab rawatan dekat muka ni kalau tak berani, mesti takmo buat kan.
    Risau sakit. Hihi

    ReplyDelete
  11. nice....teringin juga nak buang rerambut atas bibir ni...nanti boleh lah jejenguk pakej dia..

    ReplyDelete
  12. Best kan lepas buat rawatan laser. Akan nampak perubaha kulit. Masalah kulit kita samalah. Kering Dan berminyak di tzone.

    ReplyDelete
  13. Bestnyaa lahaii manjakan diri begini... ni lama gak tak buat apa-apa pada kulit, nak kena buat appoinment laa dengan Dr Suzana ni, sebab dekat jer..

    ReplyDelete
  14. kalau buat laser ni at least kene banyak kali ikut kulit, zul percah cuba sekali, berkesan dalam beberapa minggu. then masalah jadi balik. btw baguslah ada klinik yang semuanya perempuan, senang untuk wanita di luar sana nak buat facial.

    ReplyDelete
Post a Comment