GONG CHA DAN SHOPEE BERGABUNG MEMPERKENALKAN E-DRINK SERIES

2
GONG CHA DAN SHOPEE BERGABUNG MEMPERKENALKAN E-DRINK SERIES | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.


Korang nak dengar cerita best tak? Minuman bubble tea No 1 di Malaysia, Gong Cha dan platform e-dagang nombor satu Malaysia , Shopee kini bergabung sempenan kempen Shopee 9.9 .

Kepada yang meminati buah Mangga atau Mango, e-Drink Series kali ini korang wajib cuba. Gong Cha memperkenalkan tiga minuman khas yang pastinya sedap iaitu Mango Matcha Latte, Mango Latte dan Mango Marble, minuman eksklusif dan istimewa ini diperkenalkan untuk meraikan acara membeli-belah tahunan Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Mango Matcha Latte


Mango Matcha Latte, korang nampak tak 3 lapisan yang sangat menarik yang terdiri daripada puri mangga di gabung dengan kemewahan rasa matcha bersama creamy fresh milk dari susu segar. Pasti ada yang tertanya-tanya pada gandingan aneh dan kepahitan yang berbeza dari matcha dan rasa manis dari mangga, Mango Matcha Latte sebenarnya saling melengkapi dengan baik bila dicampur bersama. So jadilah berani dengan Mango Matcha Latte ini yang pasti akan membangkitkan deria rasa korang.

Mango Latte


Rasa Mango Latte yang halus dan tepat. Gabungan potongan mangga dan kesegaran teh hijau dan susu segar membuatkan tekstur yang unik untuk peminat Mango Latte. Versi latte teh hijau yang menyegarkan dan berbuah ini adalah sesuatu yang anda tidak boleh ketinggalan!

Mango Marble 


Gabungan rasa mangga bersama dengan teh hijau dan Gong Cha signature milk foam menghasilkan tekstur minuman bagaikan marble jadi itulah inspirasi mendapat namanya. Kombinasi kemewahan buih creamy milk foam dan rasa buah-buahan mangga memberikan kesegaran pada rasa kita untuk di nikmati bersama kawan-kawan dan keluarga.

Disebabkan e-Drink Series kali ini pertama kali diperkenalkan dan bergabung bersama platform e-dagang Shopee, minuman tersebut hanya boleh dibeli secara digital melalui aplikasi Shopee. Dapatkan e-Drink Series Shopee x Gong Cha sekarang secara eksklusif di Shopee melalui portal dalam aplikasi Voucher Makanan & Perkhidmatan. Voucher Shopee 9.9 Super Drink boleh ditebus di semua gerai Gong Cha di seluruh negara dari sekarang hingga 27 September.

Peminat Gong Cha Bubble Tea boleh menikmati minuman dengan harga perkenalan RM7 (Harga biasa: RM10) dari sekarang hingga 13 September. Lebih jimat apabila anda membeli minuman dengan harga RM5 hanya pada tarikh istimewa ini: 6 Sept dan 9 Sept.

Korang cuma perlu masukkan code GC99 ketika check out dan nikmati 30% coins cashback ( capped RM5 ) apabila membuat pembelan e-drink series di Shopee dari 1-9 September 2020. Shopee 9.9 Super Drink adalah bersempena dengan kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day, mulai sekarang sehingga 9 September 2020.

Pelbagai tawaran menarik buat pembelian di Shopee antaranya Penghantaran Percuma dengan pembelian minimum RM9, Shocking Sale setiap hari dengan tawaran RM9 dan voucher 50% off serta hadiah menanti sehingga RM 99,000 untuk di menangi dalam Shopee Games. Tunggu apa lagi, layari sekarang ke https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Dah try tak? Kita dah try yang Mangga tu sedap bak hang wooo, anak beli semalam...

    ReplyDelete
Post a Comment