[UPDATE EP 1-6] EPISOD PENUH SABARLAH DUHAI HATI EPISOD 1-35(AKHIR) SLOT AKASIA TV3

[UPDATE EP 1-6] EPISOD PENUH SABARLAH DUHAI HATI EPISOD 1-35(AKHIR) SLOT AKASIA TV3 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.

Berakhirlah sudah cerita Siratul dan Mustaqim. Kalau korang terlepas episod-episod lepas boleh klik link dibawah.

BACA SINI : EPISOD PENUH DRAMA TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

Drama Tak Sempurna Mencintaimu akan digantikan dengan drama adaptasi novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie akan mengisi slot Akasia TV3. Gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli, diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, mesti best. Leya tengok Suhan Movies & Trading suka ambil Saharul Ridzwan sebagai Pelakon Utama lelaki untuk drama-drama terbitannya.


DRAMA SABARLAH DUHAI HATI

  • BILANGAN EPISOD : 35
  • TARIKH TAYANGAN : Bermula 28 April 2021
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Akasia TV3
  • PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
  • PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
  • PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
  • PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul

BARISAN PELAKON UTAMA 

  • Saharul Ridzwan sebagai Affan
  • Amyra Rosli sebagai Fira
  • Aiman Badrul sebagai Danish
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
  • Izzue Islam sebagai Nazim
  • Iman Suhana sebagai Nadia
  • Fadilah Mansor sebagai Opah 
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
  • Haleeda sebagai Laila
  • Emelda Rosemila sebagai Shima
  • Kodi Rasheed sebagai Rizal
  • Hisyam Bakar sebagai Pak Teh

SINOPSIS SABARLAH DUHAI HATI

Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecil, Danish yang sebelum ini dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan.

Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri.

SINPOSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

TONTON EPISOD PENUH SABARLAH DUHAI HATI 

Terlepas untuk tonton di TV, jangan risau korang boleh tonton drama Sabarlah Duhai Hati di Telegram dan juga Facebook 

Kalau korang jenis suka tengok video dekat Facebook boleh la join Facebook Private Group : Rindu Awak Separuh Nyawa

Paling cepat Joined je Telegram, nanti Leya ada share jugak link Facebook 

LINK TELEGRAM

Episod 1 : https://t.me/tv3drama2021/42

Episod 2 : https://t.me/tv3drama2021/44

Episod 3 : https://t.me/tv3drama2021/45

Episod 4 : https://t.me/tv3drama2021/46

Episod 5 : https://t.me/tv3drama2021/47

Episod 6 : https://t.me/tv3drama2021/48

Selamat menonton korang.

No comments

Powered by Blogger.