SIRI TELEFILEM PUASA ARAHAN MAMAT KHALID

SIRI TELEFILEM PUASA ARAHAN MAMAT KHALID | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommy.

Terus terang cakap, Leya tak pernah pun menonton setiap siri telefilem puasa arahan Mamat Khalid ni.



Tetapi filem dan drama dia yang lain, Leya pernah tonton. Semalam saja la tertengok Tujuh Belas Puasa. Kelakar la pulak rasanya dengan geng plastik hitam. Itu yang Leya try google. La rupanya siri pertama puasa arahan Mamat Khalid ialah Lima Belas Puasa Tahun 2004.

Lama dah rupanya. Okey mesti ramai yang sukakan telefilem puasa arahan Mamat Khalid ini. Leya akan kongsikan kesemua telefilem puasa.

LIMA BELAS PUASA 1971 (2004)


Rosli cuba untuk curi curi makan di bulan puasa. Bersama Haslam mereka mencuba berbagai cara untuk curi makan yang akhirnya menyusahkan mereka.

Rocky yang menjadi runner pergi membeli roti canai tetapi dia mati digilis steamroll. Haslam pula ditangkap polis sebelum sempat menjamah nasi kandar. Rosli pula sorang diri cuba menjamah nasi lauk ayam di tepi sungai malangnya kunjungan secara tiba tiba YB ke situ membatalkan hajatnya.

Dia kemudian cuba memanggang ayam di dalam hutan tanpa diketahui sesiapa. Rancangannya itu berjaya, sebelum sempat dia makan ayam itu, kakinya terkena jerat dan tergantung kaki ke atas kepala ke bawah.

BARISAN PELAKON

  • Adlin Aman Ramlie sebagai Li
  • Loloq sebagai Haslam
  • Yasmin Ahmad sebagai Isteri Li
  • Hasnul Rahmat sebagai Majid
  • Dewa Sapri sebagai Tok Ketua
  • Man Kadir sebagai YB
  • Hamdan Ramli sebagai Rocky
  • Arifin Mohammad
  • Adam Khalid
  • Amen Khalid

LINK TELEFILEM LIMA BELAS PUASA 1971

KLIK SINI ⏩⏩⏩ LIMA BELAS PUASA 1971

ENAM BELAS PUASA 2017

Mengisahkan tentang enam lelaki di sebuah kampung yang sudah berkahwin mengambil keputusan untuk ponteng puasa dan menyembunyikan perbuatan menyalahi hukum agama itu daripada pengetahuan isteri masing-masing.

Malah, mereka menetapkan jadual untuk membeli makanan dan memakannya di tempat yang tersorok. Mereka akhirnya ditangkap pihak jabatan agama ketika sedang seronok menikmati makanan di tepi sungai. Malu bukan kepalang apabila kesemua mereka dibawa menaiki van jenazah.

BARISAN PELAKON

  • Sabri Yunus sebagai Abe Li
  • Aziz M. Osman sebagai Aziz
  • Bell Ngasri sebagai Ngas
  • Rab Khalid sebagai Yeh
  • Man Kadir sebagai AJKKK Kampung
  • TJ Isa sebagai Kudha
  • Ziema Din sebagai Rokiah
  • Sharwani NS sebagai Wani
  • Jue Aziz sebagai isteri Wani
  • Amy Juliet sebagai Subainon

KLIK SINI ⏩⏩⏩ ENAM BELAS PUASA

TUJUH BELAS PUASA 2019

Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung atau dipanggil geng plastik hitam yang gemar ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga masing-masing. Mereka akan berpakat makan beramai-ramai di siang hari dan kebiasaanya kedai makan Ah Hok menjadi tempat utama mereka membeli makanan.

BARISAN PELAKON

  • Bell Ngasri sebagai Ngasri
  • Aziz M. Osman sebagai Ajiz
  • Amran Nasaruddin sebagai Abang Li
  • Sharwani NS sebagai Wani
  • T. J Isa sebagai Kudha
  • Dewa Sapri sebagai Abang Sapri
  • Jue Aziz sebagai isteri Wani
  • Ziema Din sebagai Rokiah (isteri Abang Li)
  • Siti Nur Fazanah sebagai Kantan (anak Abang Li)
  • Aziatul Akhmar Yusuf sebagai Bibah (isteri Ngasri)
  • Mohd Rashid Othman sebagai Abang Rashid (abang ipar Ngasri)
  • Mohd Azwan Mohd Khalid sebagai Angah (orang suruhan geng plastik hitam)
  • Shahrizal Abu Bakar sebagai YB wakil rakyat
  • Khairul Nizam Hashim sebagai Tuan Mukharam

KLIK SINI ⏩⏩⏩ TUJUH BELAS PUASA

LAPAN BELAS PUASA DI KAMPONG PISANG

Mengangkat kisah tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang yang masih tidak meninggalkan kemungkaran walaupun sudah berada di bulan Ramadan.

Kisah bermula apabila Barkoba, seorang penduduk Kampong Pisang telah dirasuk syaitan ketika bulan puasa! la terjadi selepas durian jatuh menghempap kepalanya hingga menyebabkan Barkoba pengsan. Dia kemudiannya telah terserempak dengan syaitan yang ingin mengheretnya ke neraka jahanam.

Begitupun, Barkoba beria-ia menafikan segala kesalahan yang pernah dilakukan, sekaligus menidakkan dirinya sebagai penghuni neraka. Namun syaitan itu telah membawanya ke perjalanan masa lampau bagi menyaksikan sendiri segala dosa yang pernah dilakukannya sewaktu hidup di dunia.

BARISAN PELAKON

  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Kazar Saisi sebagai Pak Din 
  • Mat London sebagai Pak Karim 
  • Aziz M Osman sebagai Pak Jabit 
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama 
  • Joey Daud sebagai Daud M 
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar 
  • Ahmad Yasin sebagai Ahmad Yasin 
  • Afea Deana sebagai Yah Kuchei
  • Namron sebagai Tyson 
  • Jaafar Onn sebagai Tyson 
  • Siti Elizad Sharifuddin sebagai Kiambang 
  • Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
  • Man Raja Lawak sebagai Penjaga Neraka 

KLIK SINI ⏩⏩⏩ LAPAN BELAS PUASA DI KAMPONG PISANG


No comments

Powered by Blogger.