KUNAFA, BAKLAVA VIRAL DAN MURAH SEMESTINYA SEDAP DI JB, ZAITUNA RESTAURANT

3

KUNAFA, BAKLAVA VIRAL DAN MURAH SEMESTINYA SEDAP DI JB, ZAITUNA RESTAURANT | Bismillahir Rahmanir Rahim ( Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ). Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.

Kalau Leya buka je Tiktok penuh dengan video Kunafa VIRAL di area KL . Lagi-lagi kawasan Bukit Bintang. Kalau datang ke Johor Bahru mesti terfikir-fikir mana nak cari Kunafa yang sedap. 

Jangan risau. Leya nak berkongsi dengan korang dekat mana korang boleh makan Kunafa yang sedap di Jb. Bukan sahaja Kunafa, Baklava pun korang boleh makan.


Hari tu sahajalah Leya mencari kat mana lah ada menjual Kunafa dan Baklava dekat kawasan JB ni. Payah juga sebab Leya ni bukan nya selalu makan Kunafa ni. 

Sekali suami cakap dia tahu kat mana ada jual Kunafa dan Baklava. Ingat lagi dia cakap, kalau awak nampak Baklava dekat restaurant ni mesti awak akan rambang mata.


Korang tak percaya? Leya pun mula-mula tak percaya. Tapi sekali ada depan mata, memang kalau boleh nak makan semua nya la. Rambang mata. Tak silap Leya ada pelbagai jenis perisa Baklava . Ada lebih 10 jenis Baklava di restaurant sini.





Korang tengok selebihnya dekat Facebook Album ni tau. Karang masuk banyak-banyak dekat sini penat pulak korang nak kena scroll ke bawah.

Mencari Kunafa VIRAL dan Baklava di Johor Bahru ( Jb ), okey korang berada di post dan album yang betul. Lebih dari 18...

Posted by ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers on Wednesday, 31 August 2022

Dekat mana ni sebenarnya. Sebenarnya Kunafa dan Baklava ni ada di Zaituna Restaurant. 


Zaituna Restaurant
Alamat : 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor


Contact : 07-213 3577
Buka dari Jam 11.00am - 11.00pm


Jangan terkejut kalau korang datang ke Zaituna Restaurant ni, korang kena beratur nak dapatkan meja. Hehe. Itu kalau korang datang waktu makan tengahari memang ramai orang. 

Sebabnya di Zaituna Restaurant bukan sahaja menjual manisan Arab iaitu Kunafa dan Baklava, di Zaituna Restaurant juga ada menjual makanan arab. Kiranya tak rugi kalau korang datang ke Zaituna Restaurant ni.

Suami dan Leya order Zaituna Lamb Shank.  Mula-mula nak order untuk 2 orang makan, sekali suami cakap order untuk seorang makan je la. Nanti kita boleh order yang lain. Nak juga rasa makanan arab yang lain.


Nasib baik order untuk seorang makan. Itu pun penat nak habiskan. Punya banyak la. Tengok Lamb Shank gambar bawah ni. Besarkan?


Kalau korang datang bawak anak atau kanak-kanak,  Leya sarankan korang wajib order Pepperoni Pizza dan Sandwich. 

Pepperoni Pizza size standard regular. Cheese nya tak payah cakaplah, memang banyak. Anak Leya suka betul makan Pepperoni Pizza Zaituna Restaurant punya.


Haritu Leya order Chicken Shawarma Sandwich. Memang terbaik la. Tak pedas pun. Memang sesuai untuk kanak-kanak nak makan. Jap tunggu tengok gambar Chicken Shawarma Sandwich pulak.


Banyak kan. Memang kenyang sangat makan dekat Zaituna Restaurant ni. Semua hidangan besar tetapi harga murah. Berbaloi.

WAJIB ORDER. hah kalau dah ke Zaituna Restaurant, nak makan makanan arab.. jangan lupa order minuman arab pulak. Hahaha.

Leya order Adanic Tea Pot, air teh susu rasa ada herba sikit. Adanic Tea Pot ni boleh minum dalam 2-4 orang. Harga baru Rm 14.00 sahaja. Memang berbaloi.


Air untuk kanak-kanak pulak korang boleh order smoothie. Nayla suka strawberry so Leya order strawberry smoothie. Tapi mak nya pulak yang banyak minum.


Ditunggu-tunggu kan. Hahaha. Kunafa Zaituna Restaurant. Kunafa di Zaituna Restaurant ni adalah Kunafa Cream. Memang sedap korang. Harga Kunafa Cream ni Rm 9.00. Masa Leya pergi Kunafa Cheese tiada. So tak dapat merasa.


Korang makan Kunafa ni jangan lupa letak syrup nya. Nanti tak sedap pulak. Haha. Selain Kunafa, Leya ada order Creme Caramel. Ini pun sedap korang. Alah senang cerita semua sedap la dekat Zaituna Restaurant ni


Korang kalau pembaca blog sekarang no ada di Jb, atau orang Jb.. sempena Hari Merdeka ni Zaituna Restaurant ada buat promotion korang.


Setiap satu bil korang akan dapat percuma dessert. Jom korang kita pergi Zaituna Restaurant sekarang juga. Macam nak pergi la malam ni.


 
Tags

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Post a Comment