Air Fryer Resepi Honey Butter Biscuits ala-ala Texas Chicken's

15
Air Fryer Resepi Honey Butter Biscuits ala-ala Texas Chicken's | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Korang minum petang apa hari ni. Hari ni mommy buat Honey Butter Biscuits ala-ala Texas Chicken's guna air fryer je korang. Jom tengok resepi mommy.

Kalau pergi Texas Chicken's mesti ambil honey butter biscuits ni sebab anak mommy suka makan. Luar ranggup tapi dalam lembut korang.


Bahan A

2 1/2 cawan tepung gandum @ 250g 
4 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula @ 25g ( ikut kesukaan manis masing-masing)
1/2 sudu garam ( ikut kesukaan masin masing-masing ) hahahaha
115g butter sejuk

Campurkan kesemua bahan A, gaulkan sehingga jadi macam bread crumbs.


Bahan B

140g susu segar [ guna apa brand susu pun boleh ]
2 sudu kecil cuka [ mommy guna cuka macam gambar di bawah ]


Gaulkan bahan a dan b bagi rata. Lapikkan bakul air fryer dengan aluminium foil atau kertas minyak, penting ye korang. Kita tak nak coating bakul mengelupas. Kena jaga elok-elok. Mahal mommy beli air fryer ni.




Bahan C

50g madu
50g butter [ dicairkan ]

Set suhu 180*c  dan masa 15 minit. Bila sudah siap, sapukan dengan bahan c ketika masih panas, kemudian panaskan dengan suhu yang sama dalam masa 5 minit sahaja. 

Siap. Sedia untuk dimakan. Macam-macam cara korang boleh makan. Nak makan macam itu sahaja pun boleh, cicah air boleh, tapi mommy suka belah tengah-tengah sapu jam strawberry.. konon-konon tengah bercuti dekat Cameron Highland. hahahaha

Post a Comment

15Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. sedap nyer. mesti aroma nyer menyengat hidung ekk bila tgh air fry tu.
    kat umah ni, bahan yg xde is susu segar. kena la gi beli kat speedmart if nak buat.
    nampak simple. lagipun air fryer aida tu dah berminggu tak bertugas :)

    ReplyDelete
  2. menarik resepi ni nanti nak cuba tapi takda air fryer guna oven je la thanks share resepi

    ReplyDelete
  3. mudahnya nak buat. boleh follow the step. dah bosan-bosan tak tahu nak minum petang apa, boleh kot cuba. save bajet juga beli biskut kat luar :)

    ReplyDelete
  4. Kalau ada oven dkt rumah dah buat dah ni tapi oven rosak pulak. nk kena beli baru

    ReplyDelete
  5. Fuyoooo memang sedap ni kalau betul kata mcm Texas..Sis kadang pergi semata beli biscuits tu jer.. nanti boleh try ni, makan pepanas aduiii lembutnyaaa

    ReplyDelete
  6. Ramainya bagi resepi...bolelah cuba..masa PKP nielah bole asah bakat memasak dan bakat lain kan

    ReplyDelete
  7. Wah menarik! Tercari-cari juga resepi air fryer yang mudah. Nanti nak pi beli cuka dgn baking powder nak buat biskut madu ni. Tak habis khatam tgk resepi apa yg boleh pakai air fryer.

    ReplyDelete
  8. Uittt sedapnya. Sis pun suka biscuit texa ni, fav sis ni. Dah tahu resepi ni bolehlah cuba nanti..thanks tau kongsi resepi ni

    ReplyDelete
  9. Ramainya orang buah kuih la ini, kita duk scroll2 twitter nampak makanan je ini. Ini yang rasa nak shopping air fryer dekat Shopee ini.

    ReplyDelete
  10. Looks yummy! But I will try this after MCO, because house got too many stuff to eat already! This will be in my next baking list!

    ReplyDelete
  11. Bestnye ada air fryer. Teringat roti texas chicken tu. Manis madu dan rangup sikit

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap, kalau makan masa baru keluar oven memang kesukaan saya.. nnt boleh cuba resepi nih

    ReplyDelete
  13. Tgk biskut dia mmg senang nak buat and nampak sedap, dah lama tak buat biskut2 ni lgpun tak ada air fryer

    ReplyDelete
  14. Bestnya guna air fryer je. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  15. nak kena beli air fryer la ni nampaknya. teringin jugak nak guna air fryer buat masak

    ReplyDelete
Post a Comment