UPDATE EPISOD AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS FULL EPISODE ONLINE ( EPISODE 1 - EPISODE 15 AKHIR) SLOT SAMARINDA TV3

UPDATE EPISOD AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS FULL EPISODE ONLINE EPISOD 1 - 15 (AKHIR) SLOT SAMARINDA TV3 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.

takdir yang tertulis online

Sekarang ni Leya tengah layan Slot Samarinda TV3, Drama Takdir Yang Terluka sebab ada Nad Zainal berlakon. Sekali baca rupanya drama arahan Shahrulezad yang popular dengan drama Nur. Shahrulezad ni memang suka dengan Uchee Fukada tu ke? Kawan baik agaknya. Semua drama arahan dia ada je Uchee Fukada tu berlakon. 

Drama Takdir Yang Terluka

  • Bilangan Episod : 15
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
  • Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
  • Produksi : Radius One
  • Barisan Pelakon : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Bee

Barisan Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis 

  • Nazim Othman sebagai Azlan
  • Nad Zainal sebagai Juweta
  • Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  • Alvin Chong sebagai Ean
  • Isaac Iman sebagai Mika
  • Didie Alias sebagai Che Salmah
  • Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  • Iman Suhana sebagai Ruzita
  • Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim

LAGU TEMA (OST)

  • Lagu : Karma
  • Artis : Kaka & Jaz hayat
  • Lirik : Aisha Retno
  • Komposer : Farouk Roman

SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Tonton Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 ( Akhir )

Terlepas untuk tonton di TV, jangan risau korang boleh tonton drama Takdir Yang Tertulis ini boleh di https://wetv.vip/en selepas saja tamat siaran di TV untuk setiap episod. Atau pun boleh download aplikasi We Tv.

Tak nak tengok dekat We Tv, okey Leya juga ada kongsikan link di Telegram, dan juga Facebook. Tapi macam biasalah, link Facebook lambat hilang.

Link Telegram

Link Facebook

Kalau korang jenis suka tengok video dekat Facebook boleh la join Facebook Private Group : Takdir Yang Tertulis 

Paling cepat Joined je Telegram, nanti Leya ada share jugak link Facebook 

Link We Tv

  • Episod 1 : 
  • Episod 2 :
  • Episod 3 :
  • Episod 4 :
  • Episod 5 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 6 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 7 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 8 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 9 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 10 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 11 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 12 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 13 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 14 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3
  • Episod 15 : Isnin hingga Khamis 10.00 Malam TV3

Selamat menonton ye. Jangan emo sangat. 







3 comments:

  1. ramai org sakit jiwa tgk cita ni.. i shall let it finish dulu la haha

    ReplyDelete
  2. Sakit hati nengok... yang sorang macam diperbodohkan.. yang sorang muka suci tapi jejangan jahat nak mampos.hahahaha

    ReplyDelete
  3. Semakin gerammmm dan sakit hati nengokk si Ila tuu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.