Bufet Ramadan 2023 Percuma Untuk Kanak-kanak Umur 12 kebawah

1

Bufet Ramadan 2023 Percuma Untuk Kanak-kanak Umur 12 kebawah
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Apakatamommydotcom.



Restoran baru di Vantage Bay telah dibuka secara rasmi malam semalam. Sebuah restoran baru telah dibuka secara rasmi di Vantage Bay, Stulang, JB. Restoran Pretty Event & Hall oleh South Event Planner & Sri Tanjung sekarang menyambut pelanggan untuk mencuba masakan mereka yang lazat, terutamanya semasa bulan Ramadan yang akan datang. Restoran ini terletak di hadapan KFC Stulang dan di sebelah McD Stulang.

Korang tengok la gambar-gambar dalam album dekat Facebook Page Nurul Aleya (Apakatamommydotcom)

Bufet Iftar Ramadan di VantageBay 2023 merupakan pilihan wajib untuk para foodies kerana ia menawarkan kira-kira 70 hidangan, termasuklah hidangan popular seperti Nasi Briyani, Nasi Beringin, Kambing Golek, Asam Pedas Ikan Mayong, Ayam Masak Lemak Cili Api, Keli Sambal Berlado, Pecel Sayur, Sambal Udang, Sambal Kupang, Ayam Masak Merah, Kari Daging, dan Sup Gearbox, yang tidak boleh dilepaskan ialah menu Lempeng dengan Sambal Ijo.



Hidangan lain yang popular di dalam menu mereka termasuklah Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari, Roti John, Otak-otak, Pepes, Ikan Bakar, pelbagai hidangan goreng, Kuih-muih, Bubur Lambuk, Bubur Pulut Hitam, dan banyak lagi, semuanya sedap dan akan memuaskan selera anda. Restoran ini menyediakan tempat duduk yang selesa, dengan ruang dalam yang berhawa dingin dan ruang makan terbuka di luar.



Yang lebih menarik lagi, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh makan secara PERCUMA

Jadi, bawa anak-anak anda bersama-sama untuk merasai nikmat masakan di Restoran Pretty Event & Hall oleh South Event Planner & Sri Tanjung. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang lazat dan menikmati pengalaman makan yang menyenangkan di restoran baru Vantage Bay.

Bufet Iftar Ramadan VantageBay 2023


📍 Restoran Pretty Event Hall, Vantage Bay
🗓️ 25 Mac - 19 April 2023
🕡 6:00pm - 9:00pm

💸 Harga Bufet
RM89 nett per Dewasa
RM65 nett per Warga Emas
RM45 nett per Remaja (13 - 17 tahun)

Reminder:
Ruang solat memang selesa, tetapi kena ambil wuduk dekat toilet. Kalau boleh, korang ambil wuduk siap2. Dan sila tahan. Ehhh

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah PERCUMA
Beli 10 PERCUMA 1
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 0167581307 (Liza) | 01173394317 (Kak Sha)

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. MENARIK!!! FREE untuk budak bawah 12 tahun tu jarang jumpa! selamat berpuasa ye kak....

    ReplyDelete
Post a Comment