COVID19 | Skim Bantuan dan Insentif kepada Rakyat Malaysia

16
COVID-19 | Skim Bantuan dan Insentif kepada Rakyat Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang baca blog apakatamommy. Hari ini masuk hari ke 7 kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 dan berlanjutan sehingga 31 Mac 2020.


Mommy nak kongsi dengan korang info sikit berkenaan bantuan dan insentif yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban rakyat malaysia ketika ini .

1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula 1 April akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
 Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, [Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah]

2. Kerajaan benarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.
Penangguhan dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta, kata Menteri Pengajian Tinggi, [Datuk Dr Noraini Ahmad]

3. MARA tangguh bayaran pinjaman pelajar dan perniagaan selama 3 bulan.
 Diskaun khas penyewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis Mara.

4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini.
Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Pekerja yang berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan 

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.
Menteri Perpaduan, [Datuk Halimah Mohamed Sadique], berkata ianya melibatkan 37,855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak.

7. Percuma sewa premis perniagaan DBKL, diumumkan oleh Menteri Wilayah, [Tan Sri Annuar Musa]

8. Elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai.
Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

10. CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Mualamat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman.
Bank akan menyediakan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

11. RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 Hospital.
Ianya sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk membantu Kementerian Kesihatan untuk pembelian ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain, kata [Tan Sri Muhyiddin Yassin]

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul.

Income Tahunan Kerajaan = RM280Billion+
Hutang Kerajaan = RM800Billion+
Rezab Kerajaan = RM2Trillion+

#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. bersyukur sangat bila bank bagi moratorium untuk pinjaman peribadi tu...boleh la ringankan sikit beban pinjaman kereta sebab memang da hilang punca pendapatan da ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta xpasti la still jalan interest atau tidak. kalau loan biasa, asb xd bunga rasanya. tapi kalau rumah still ada bunga

      Delete
  2. takut tengok hutang Negara kat situ ;(
    moga bantuan yang diberikan digunakan sebaik mungkin kan mommy :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. semoga rakyat malaysia gunakan sebaikk mungkin duit yang diberikan oleh kerajan, sebab bila pm cakap.. gunakan duit asal ada makanan atas meja.

      Delete
  3. bantuan prihatin tu, aida sangkut 1. alhamdulillah.
    boleh simpan buat belanja kecemasan akan dtg.
    moga yg terkesan dgn PKP dan covid ni, dpt la gembira dgn bantuan k'jaan ni.
    dpt la tarik nafas legaaaa skit, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang terkesan dengan pkp ni. mana yang beringat tentu ada simpanan sikit-sikit. tapi biasalah ada je yang nak digunakan

      Delete
  4. Banyak bantuan 7 insentif diberikan oleh kerajaan sepanjang Covid-19 melanda negara ini.. Harap keadaan mula terkawal, dan kita semua mampu teruskan hidup selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila keadaan sudah terkawal mari kita sama-sama bantu peniaga kecilan yang berdekatan dengan area rumah kita. insyaallah

      Delete
  5. Good information sharing. Thank you for sharing this information with us. Take care.

    ReplyDelete
  6. Oh bukan semua bank ya utk penangguhan pinjaman. Bagus pakej ransangan dan insentif kerajaan utk bantu rakyat. Boleh mohon la start esok.

    ReplyDelete
  7. Bagus inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat. Untuk pinjaman bank ingatkan semua terlibat. Esok dah mula start mohonlah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah, dengan adanya bantuan sebegini, dapat juga meringankan beban mereka sepanjang PKP ni...nanti lagilah nak puasa dan raya kan..walaupun gaji mereka yang bekerja jalan, tapi bagi mereka yang meniaga sendiri lagi sangat terkesan...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah syukurlah dulu, ada juga bantuan terutama untuk mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  10. Banyak juga ya inisiatif yg kerajaan lakukan sempena tangani masalah covid yg menimpa negara kita nie

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Bersyukur dengan inisiatif yang diberikan dari pihak kerajaan ni. Semoga selepas apa yang terjadi ini ekonomi negara akan pulih kembali :)

    ReplyDelete
  12. Bagus lah time macam ni kena bantu rakyat baru lah negara boleh bangkit semula.

    ReplyDelete
Post a Comment