Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang baca blog apakatamommy. Hari ini masuk hari ke 7 kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 dan berlanjutan sehingga 31 Mac 2020.

Mommy nak kongsi dengan korang info sikit berkenaan bantuan dan insentif yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban rakyat malaysia ketika ini .
1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula 1 April akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, [Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah]
2. Kerajaan benarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.
Penangguhan dijangka membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, melibatkan jumlah kutipan RM375 juta, kata Menteri Pengajian Tinggi, [Datuk Dr Noraini Ahmad]
Diskaun khas penyewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis Mara.
4. 500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini.
Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Pekerja yang berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun.
Menteri Perpaduan, [Datuk Halimah Mohamed Sadique], berkata ianya melibatkan 37,855 orang murid dan 972 orang kanak-kanak.
7. Percuma sewa premis perniagaan DBKL, diumumkan oleh Menteri Wilayah, [Tan Sri Annuar Musa]
8. Elaun khas RM400 sebulan akan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai.
Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.
10. CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Mualamat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman.
Bank akan menyediakan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terlibat dalam gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.
11. RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 Hospital.
Ianya sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk membantu Kementerian Kesihatan untuk pembelian ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain, kata [Tan Sri Muhyiddin Yassin]
12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul.
Income Tahunan Kerajaan = RM280Billion+
#StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang









bersyukur sangat bila bank bagi moratorium untuk pinjaman peribadi tu...boleh la ringankan sikit beban pinjaman kereta sebab memang da hilang punca pendapatan da ni..huhu
ReplyDeletekereta xpasti la still jalan interest atau tidak. kalau loan biasa, asb xd bunga rasanya. tapi kalau rumah still ada bunga
Deletetakut tengok hutang Negara kat situ ;(
ReplyDeletemoga bantuan yang diberikan digunakan sebaik mungkin kan mommy :(
betul tu. semoga rakyat malaysia gunakan sebaikk mungkin duit yang diberikan oleh kerajan, sebab bila pm cakap.. gunakan duit asal ada makanan atas meja.
Delete