Penjadualan Semula Kesemua Peperiksaan Penting Tahun 2020

21
Penjadualan Semula Kesemua Peperiksaan Penting Tahun 2020 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua yang baca blog apakatamommy. Korang semua sihat tak? Masih ikut larangan Kerajaan Malaysia dengan #StayAtHome je tau. Mari kita putuskan rantaian Covid19.


Okey Mommy nak kongsikan dengan ibu bapa dan pelajar-pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan media pada hari ini, 28 Mac 2020 mengenai Penjadualan semula peperiksaan bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia berikutan perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan jangkitan Covid19.
Peperiksaan yang penting bagi mommy seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketiga-tiga peperiksaan penting ini hanya dua sahaja yang di pinda tarikhnya.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tarikh Asal : 5 Oct 2020 sehingga 19 Nov 2020
Tarikh Pindaan : 16 Nov 2020 sehingga 7 Dis 2020

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
Tarikh Asal : 28 Sep 2020 sehingga 6 Oct 2020
Tarikh Pindaan : - Ada sedikit kesalahan dengat situ. Mungkin akan di betulkan nanti.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Tarikh Asal : 1,2,3,7 dan 8 Sep 2020 tiada tarikh pindaan bermakna tarikhnya kekal.
 Peperiksaan penting yang lain, korang boleh tengok gambar kenyataan media di bawah ini ye.


Post a Comment

21Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Sesi persekolah pun terjejas. Semoga ada sinar selepas ini dan covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini. Insha ALlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya pelajar-pelajar dan jugak pengajar dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran bila sudah start persekolahan nanti. kesian mereka

      Delete
  2. Calon peperiksaan tahun ini, waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini korang kena study sendiri.. Jangan study last minit, risau tak sempat je.. tahun nie, waktu yang ada agak terhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kena ada inisiatif sendiri. untuk murid-murid sekolah rendah, ibu bapa boleh pantau

      Delete
  3. ya ya setuju dengan bro framestone. jangan pula cuti-cuti PKP ni anak-anak ambik peluang skip study pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai ibu bapa masa inilah mereka kena berikan perhatian lebih sikit, selama ini beri kepada pengajar 100%

      Delete
  4. Bukan aje sesi persekolahan dan sesi peperiksaan besar terjejas. Semua terjejas. Yang nak fyp dan graduasi juga ditunda until further notice. Tapi, tak mengapa. Asalkan kita hidup dan bebas Covid-19. Harap masa masuk sesi sekolah semua jaga kebersihan dan disiplin bila melakukan apa sahaja aktiviti. Social distancing tu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, semua boleh di adakan semula selepas kita bebas dari wabak covid19 ni.

      Delete
  5. Anak-anak dah takde yang amik peperiksaan besar ni, dah warkan pada anak-anak saudara, susah juga kan mereka nak catch up ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus anak sedara dapat mak cik prihatin macam ni

      Delete
  6. kesian betul pada students, macam sekolah saya(International school) dah batalkan exam gcse.paling kesian pada students la kan. mpga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  7. Nasib baiklah anak sis dah lps ujian besar ni. Next year baru dia ambik spm. Walau mcm mana pun dia ttp kena belajar gak kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh next year ye baru spm. semoga dipermudahkan. form 4 ni bukan masa untuk honeymoon. teringat dulu kat sekolah habis je pmr konon-konon nya form 4 masa untuk honeymoon, sekali kena belajar addmath daaaa

      Delete
  8. Mestilah kena tunda kan disebabkan wabak ni. Hope pelajar semua guna masa yang ada untuk menelaah pelajaran.

    ReplyDelete
  9. Thanks for the info, yes kena tunda sebab murid murid dah lama tak pi sekolah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah. mereka pun bukan suka kena tunda tarikh peperiksaan, tetapi nak buat macam mana. kita hendak putuskan wabak covid19 ni. sebab tu diarahkan pkp

      Delete
  10. Ibu bapa dan anak2 kena take note. Jangan tersalah tarikh.. Tersalah awal xpe.. Tersalah lambat parah jadinya..

    ReplyDelete
  11. Ibu bapa dan anak2 kena ambil tahu tentang ni. Macam saya sendiri selalu ingatkan adik saya tentang pepriksaan. Time2 macam ni pulak jangan lupa untuk study juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ada abang yang prihatin, adik mesti tidak akan ketinggalan

      Delete
Post a Comment