i-Lestari Permohonan Pengeluaran Secara Online RM500 Tanpa Dokumen

19
i-Lestari Permohonan Pengeluaran Secara Online RM500 Tanpa Dokumen | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Korang tentu pening kan nak buat permohonan pengeluaran i-Lestari melaui e-mel. Perlu sediakan banyak dokumen. Sekarang korang jangan risau, KWSP mewujudkan laman web khas iaitu Pekhidmatan Dalam Talian KWSP untuk memudahkan korang membuat permohonan pengeluaran. 



Sebelum ini, permohonan pengeluaran i-Lestari dilakukan secara e-mel. Cara Pendaftaran Baru i-Lestari Tanpa Perlu Keluar Rumah Musim PKP. Bagi mommy amat menyusahkan. Hendak kena ambil swapfoto dengan MyKad, gambar depan belakang MyKad, butiran no akaun bank dan no telefon bimbit. 

Mommy rasa KWSP dapat banyak aduan dan pertanyaan mengenai cara permohonan sebab itu mereka membuat satu inisiatif yang memudahkan ahli KWSP dan dapat memudahkan juga kerja mereka.

Website Pekhidmatan Dalam Talian KWSP

Senang je untuk korang buat permohonan pengeluaran. Korang pun boleh tolong pak mak korang yang tidak berapa reti nak buat secara online. Korang boleh pergi ke website Pekhidmatan Dalam Talian KWSP. Pilih PERMOHONAN BARU. Isi kesemua butiran yang di minta.





Selepas 2 hari permohonan pengeluran korang boleh semak status korang dengan pilih SEMAK PERMOHONAN. Masukkan no MyKad dan no telefon bimbit korang. Tekan butang saya bukan ROBOT.


Sudah siap. Senang dan Mudah kan. Anak-anak jangan lupa tolong mak pak korang buatkan secara online ye. Cakap duit bahagi 2. hahahaha. Korang nak mintak tolong... LIKE dan FOLLOW Facebook Page mommy ye.

Dah dah, Tak perlu pening kepala lagi nak buat permohonan pengeluaran i-lestari secara e-mel.
Boleh buat permohonan...
Posted by ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers on Monday, April 13, 2020
Tags

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. lebih mudah utk permohonan baru ..yg belum apply , cpt2 apply..smoga dpt gunakan duit tu sebaiknya nanti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah memudahkan semua orang berurusan, tak payahlah nak beratur dan menyesakkan kaunter kiosk ke apa ke...just stay at home dan buat secara online apps...

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing info ni sis. Nnt za share dgn kawan2 yg mana tak register lg. Za dah beres dh.

    ReplyDelete
  4. Hehe. Itulah mommy, buat by emel tu. Byk pulak yang dia nak. Snap gambar lagi. Aduh leceh.

    Last2 tadi ada yang share link mcm di entry mommy ni,

    Cepat² ruby isi. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. syukur kita dapat kerajaan yang sangat membantu. di waktu2 pkp ni kwsp mudahkan kita semua. alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. haha. nak tak nak, kalau nak bahagia 2. kena tolong. haha. yeah, kita dah mohon guna cara diatas. sangat-sangat berguna. terima kasih mommy :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih share. memang lengkap panduan yg diberikan. senang nak faham. memudahkan. :)

    ReplyDelete
  8. Itulah. Bila dapat tahu berita ni, memang rasa lega dan happy juga sebab rasa sangat mudah dan praktikal. Hanya dari rumah saja dan interface pun senang guna. Good job!

    ReplyDelete
  9. Bagaimana pula kes permohonan dapat tp duit tak bole nk dpt sbb dlm sistem akaun lama yg dah dormant. Pastu lak alamat pun lama so mesti surat tak sampai. Nk tanya siapa?

    ReplyDelete
  10. apapun, now, cara gini mudahkan semua lapisan masyarakat yg layak, kan.
    cara simple.
    online. tak byk kerenah. when it comes to bantuan, sepatutnya dipermudahkan.
    moga ia beri byk manfaat kepada yg amat perlukan. pkp ni ada juga beri tekanan kpd golongan tertentu, kan.

    ReplyDelete
  11. Dah apply dah. Tunggu bulan depan macam mana. Sekarang byk shortage duit, at least bolehla pakai apa yg dah dikumpul tu.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih for sharing kami dah buat dah. Saja nak buat backup untuk later expectation.. hopefully ada sikit dapatlah membantu update groceries.. cepatlah habis PKP ni.. tak sabar nak pergi sekolah anak..huu

    ReplyDelete
  13. Saya tak ada kwsp tapi suami ada lagi walaupun dah bertahun dia tak ada potongan kwsp. Tapi try juga daftarkan i-lestari untuk dia sebab dia kata dalam akaun 2 ada duit. Bileh buat tambah belanja kan. Sebelum ni nak daftarkan rasa leceh sebab kena isi borang bagai. Sekarang ni sistem lagi mudah dan senang sangat sangat.

    ReplyDelete
  14. mudah bila dah ada cara macam ni.. kitatak perlu pergi kwsp untuk pendaftaran akaun.

    ReplyDelete
  15. Tahniah pada yg dah lulus. Gunakan duit tu betul2 tau..jangan nak berjoli joli. Sis tak ada sb tak pernah keja..:)

    ReplyDelete
  16. thanks sharing, saya pun dah mohon. manala tah dapat ringankan perbelanjaan kan

    ReplyDelete
  17. Bagus sangat sangat, now can apply online, makes it more efficient and also reduce traveling.

    ReplyDelete
  18. Mudah ada permohonan dalam talian ni.
    Tengah dok mikir juga.
    Nak buat pengeluaran ke tidak.
    Ada masa semput gak nak guna kewangan dalam PKP ni.
    Hihi

    ReplyDelete
  19. Macam mana pulak kalau dah semak permohonan lulus...lepas itu pergi ke hstory withdrawal approved...wang sudah die tolak dri akaun 2..tetapi check dalam akaun bank tiada...macam mana ye??

    ReplyDelete
Post a Comment