Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Sehingga 28 April 2020

16
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Sehingga 28 April 2020 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog apakatamommy. Apa mommy nak buat ni . Mommy dah tak ada idea nak masak lagi. Sebelum-sebelum ni cukup la memerah otak nak masak apa masa dalam bulan puasa, ni dah sebulan mommy fikir nak masak apa, tambah lagi 2 minggu termasuk bulan puasa. Tionggg kepala otak mommy.

Kat sini ada menu 2 minggu yang mommy tulis untuk fasa 2 PKP lepas. Menu 14 hari mommy.

Petang tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman khas secara langsung di seluruh negara iaitu pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) fasa 3 dari 15 April sehingga la 28 April . PKP ini dilanjutkan lagi bagi mengawal penularan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Korang mintak LIKES dan FOLLOW Facebook Page Mommy okey.
ByAleya - apakatamommy ; Blog Readers

Mommy sokong sebenarnya. Cuba bayangkan kes setiap hari tidak konsisten. Ada hari bertambah, ada hari berkurang. Tetapi jumlah kematian akak terus bertambah. Walaupun sedikit, tetapi jumlah tetap menaik. Kalau PKP tidak dilanjutkan, mommy tak rasa mommy konfiden nak keluar berjalan-jalan atau pergi tempat kerja.


Ringkasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3

Dikuatkuasakan mulai 15 April 2020 - 28 April 2020. Kerajaan menggalakkan pembelian secara atas talian (online).

Waktu Operasi dari 8 pagi hingga 8 malam untuk premis perniagaan (termasuk pasar raya dan pasar ), restoran dan kedai makan, stesen minyak dan perkhidmatan penghantaran makanan. 

Bagi pengangkutan awam, ada 2 waktu operasi. Pada waktu pagi operasinya dari pukul 6 pagi - 10 pagi dan petang pulak dari pukul 5 petang - 10 malam. Manakala kenderaan persendirian termasuk e-hailing dan teksi beroperasi pada waktu 6 pagi - 10 malam.

Please korang, masa yang ada ni bukan untuk beriadah. Aktiviti beriadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.

Definisi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Terdapat tiga kategori PKP.
  1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  2. Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2)
  3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
PKP dan PKP 2 melibatkan seluruh negeri.

Manakala PKPD hanya melibatkan kawasan zon merah atas nasihat KKM apabila berlaku penularan mendadak dalam lokaliti tersebut.

Kawalan pergerakan bagi PKP dan PKP2 masih dibenarkan namun terhad.

Bagi PKPD pula pergerakan tidak dibenarkan sama sekali. Semua premis perniagaan di kawasan PKPD perlu ditutup dengan beberapa pengecualian.

Definisi Zon KKM

Berikut adalah definisi setiap zon yang digariskan oleh KKM:
  • Zon Hijau – Kawasan yang tiada kes positif
  • Zon Kuning – Kawasan yang mempunyai 1 – 20 kes positif
  • Zon Jingga – Kawasan yang mempunyai 21 – 40 kes positif
  • Zon Merah – Kawasan yang mempunyai lebih dari 40 kes positif
Mommy berharap agar kita sama-sama bertahan lagi 2 minggu PKP ini. Bersama kita rakyat Malaysia jaga diri kita, dengan menjaga diri sendiri kita dapat menjaga diri orang lain jugak. Jangan pentingkan diri sendiri.

Jaga jarak kita, sebolehnya 1 meter daripada orang lain. Sentiasa bersihkan tangan dengan air, jika berada di luar gunakan sanitizer. Pakai mask korang.

Sesungguhnya mommy nak kena tulis resepi lagi untuk 2 minggu ni. Extra menu bersahur dan berbuka. Memandangkan bazar di negeri Johor tiada diadakan tahun ni, korang rasa mommy nak kena fikirkan resepi kuih muih ke?

Argggg memang menambahkan hasrat mommy nak beli Air Fryerrr. Tiberrr
Tags

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Harap-harap dengan PKP fasa ketiga ini dapatlah kurangkan penularan Covid19 ni cuma bila sektor ekonomi dibuka harap dikawal betul2 agar tiada jangkitan.. pihak syarikat perlu pantau setiap pekerjanya sblm masuk bekerja.

    ReplyDelete
  2. Uwaaaaa masaklah nampaknya. Dah kematu duduk rumah nie. Xtahu nk buat apa lagi. Aiyoooo

    ReplyDelete
  3. Tak apalah sambung pun sambung, janji bila bersambung macam ni, kita dapat sambung lagi duduk rumah dan elakkan dari bertemu ramai orang selagi tak selesai wabak ni..

    ReplyDelete
  4. Stay safe & stay healthy!
    I am glad more people are aware of Covid-19 & the results are slightly better.
    Proud proud! Try to make your time interesting!

    ReplyDelete
  5. Moga kita semua di lindungi. Risau jgk kawasan sy dh zon merah ni... rindu pulak nak keluar tempuh jalan jem

    ReplyDelete
  6. saya pun sokong di lanjutkan. cuma itulah ada perkara yang tertangguh sebabkan pkp ni. sabar je la

    ReplyDelete
  7. saya pun sokong dilanjutkan mommy. kalau boleh terus shut down habis, kita tak nak ada penambahan lagi. sikit masa nanti sure kena lanjut lagi ;(

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua dilindungi..
    Kalau duduk rumah nie bnyaklah resepi keluarka

    ReplyDelete
  9. saya sokong dilanjutkan demi anak2. selagi tak kosong kes. selagi tu taknak anak2 keluar sbb tak tahu siapa dan di mana boleh je berjangkit. thanks sbb sharing info yg ringkas dan tepat ni...

    ps: beli lah air fryer tu.. i sokong... hahah tiberrrrr

    ReplyDelete
  10. Semoga kita dilindungi dari wabak ini...dlm tempoh pkp nie bolelah luang masa dengan family klu sebelum nie asyik sibuk aje..bole masak macam2 smpai dah x tau nak masak apa dah

    ReplyDelete
  11. Kak pun sokong PKP dilanjutkan utk keselamatan kita semua. Jd duduk umah diam2

    ReplyDelete
  12. Setiap kali result keluar, saya akan tengok berapa ramai yang sembuh dan jumlah pending.. Jumlah pending tu yang buat risau. Saya memang sokong PKP dilanjutkan sebab risau kan kesihatan keluarga.

    ReplyDelete
  13. Bila dilanjutkan tu awalnya rasa ‘aduh. 2 minggu lagi - aku nak watpe nie?’ Tapi bila mengenangkan kesejahteraan sejagat, better la dilanjutkan. Org Malaysia nie bila disebut ‘ok. PKP tamat’ bayangkan memasing macam ayam lepas kandang memasing menyerbu keluar pstu ada plak yg masih sakit - acaner?

    So yes. Rawlins sokong 2 minggu lagi

    ReplyDelete
  14. Takpe duduk rumah pun okay je, kena extend pun sebab untuk kebaikan. Moga COVID ni dapat hilang cepat-cepat

    ReplyDelete
  15. Samalah sokong dengan lanjutan PKP ni walaupun dah tepu dalam otak ni...huhu..nak udara segar.tapi fikir pasl covid ni yang berjangkit, seram, fobia semua..jadi duduk rumah je

    ReplyDelete
  16. Wahduhh, bertabahlah kita semuaaa. Adoiii haiiih

    ReplyDelete
Post a Comment